Thursday, June 13, 2013

Raspberry & Yogurt Popsicle


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

"Pengembaraan bersama Raspberry" sudah bermula... Mula mula kita layan Raspberry & Yogurt Popsicle. Antara resepi yang paling senang mudah, cuma masa nak bekukan saja yang lama. Biasalah, akak kan suka resepi yang mudah dan tak pening pening kepala. Maklumlah banyak masalah negara yang nak kena fikir...... ( terasa diri macam PM pulak...)



Raspberry & Yogurt Popsicle ni sesuai kalau anda penggemar yogurt dan rasa masam masam gitu. Kalau anda penggemar gula yang tegar, confirm anda memang tak akan sukakannya. Tapi kalau gula yang banyak pun tak bagus kan....

Semenjak jadi blogger ni, kalau ke mana mana pun mata mesti meliar mencari apa yang boleh dibuat props untuk food photography. Tak kisahlah benda tu yang percuma atau yang mampu milik. Kalau dulu saya saja yang teruja kalau dapat masuk dalam kedai peralatan dapur, tapi sekarang dah berjangkit pada my other half. Last weekend masa masuk kedai AINO LIVING, dia yang excited pilih beberapa items termasuk pinggan yang saya gunakan ini. Akak ok je.... sebab dia yang bayar.




Raspberry & Yogurt Popsicle

Bahan bahan
2 cawan minuman Plain Yogurt ( yang sedia diminum )
2 sudu makan madu
1/2 cawan raspberry
Popsicle mould

Cara cara
1. Campurkan madu bersama sama dengan minuman yogurt.
2. Sudukan buah raspberry ke dalam Popsicle mould, kemudian tuangkan campuran madu dan minuman yogurt tadi.
3. Bekukan sekurang kurangnya 6 jam.
4. Untuk mengeluarkan Popsicle dari acuan, lalukan acuan di bawah air pili lebih kurang 20-30 saat atau sehingga boleh dikeluarkan.


8 comments :

Zaidalifah Hussin said...

WAH...

SANGAT MENARIK LAH AIS KRIM NI..

Gee® said...

Nak eskrem....!!!

Chik Mimi said...

akak kita pun suke!!! heheheheheheh

Mori Said said...

sedap nya ... teringin pulak nak cuba...hehe...

ummiaisyah said...

ya ampunnn..bestnya..sy dh lama tringin nk eskrem camni..ala-ala omputih tu...nk cr acuan cpt!

Umie Jazz said...

Assalamaualikum...lahai sedapnya...teringin nak cuba..

sudipVSsenduk said...

selalu kalau nampak popsicle molds dekat pasaraya, pandang sebelah mata pun tak nak. Lepas ni, pasti sVs grab.. tq

eyeyou said...

kagummm!!