Thursday, June 27, 2013

Asam Pedas Ikan Sembilang



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Nampaknya hari ini matahari begitu garang sekali memancarkan cahayanya. Dari awal pagi lagi sudah terasa terik membakar kulit....

Tiba tiba akak bersastera lah pulak kan...

Agaknya pasal semalam dapat makan asam pedas ikan sembilang kot. Dah beberapa lama teringin nak makan asam pedas ikan sembilang. Bila terasa nak makan, tak ada pula ikan sembilang. Bila jumpa, ada perancangan lain pula.

Kebetulan jumpa ikan sembilang yang bersaiz kecil, saya cuma beli dua ekor. Cukuplah dapat melepaskan keinginan. Dah rasa macam orang mengandung, mengidam itu dan ini....



Kali ini saya cuba resepi Asam Pedas Melaka. Maklumlah orang Melaka dan Johor memang agak terkenal dengan masakan asam pedas mereka. Saya pun kalau ke Melaka mesti nak mencari asam pedas.


  • 2 ekor ikan sembilang

  • Bahan kisar:-
  • 4 biji bawang merah
  • 10 biji cili kering
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih
  • Belacan sebesar ibu jari
Bahan tumis:-
  • 1/2 bawang besar-hiris
  • 1/4 sudu teh biji sawi
  • 1/4 sudu teh halba
  • 2 tangkai daun kari

  • air asam jawa 
  • air secukupnya
  • 1 biji tomato
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 bunga kantan
  • daun kesum secukupnya
  • minyak masak
  • garam dan gula
Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Kemudian masukkan ikan dan sayur bendi. Biarkan seketika.
3. Kemudian masukkan bunga kantan, daun kesum dan buah tomato. Biarkan hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula jika suka.


6 comments :

Qhaifa Nur said...

selalu goreng saja...
buat asam pedas pun sedap juga ni..

Asyifa Mustaffa said...

dah penah try dah kak...ikn ni msak asam peda...mmg sedap kan...mmg x rugi la mencubanya....:-)

ibundo said...

nampak kaw sungguh. Sayang bundo tak makan ikan ni.

cik cek said...

Menggoda sungguh...:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sy tak pernah masak atau mkn ikan sembilang.. gamaknya sebab tidak dibiasakan oleh mak & ayah yg juga tak mkn ikan sembilang kot.. hehe.. tp nampak asam pedas zila tu dah kecur air liur dibuatnya..
p/s: cantik mangkuk 4 segi enamel tu.. beli mana?

eyeyou said...

terbaekkkk...