Monday, March 24, 2014

Sago Gula Melaka


Assalammualaikum dan Selamat Pagi......

Selamat bercuti kepada yang sedang bercuti sempena cuti persekolahan. Saya dan suami tidak kemana mana, cuma cuti hujung minggu lepas balik kampung menjenguk ibu bapa.

Minggu lepas saya buat Sago Gula Melaka, sebenarnya saya dah beli bahan bahannya lebih dari seminggu tetapi terpaksa menangguhkannya dahulu disebabkan saya mengalami sakit mata. Maklumlah Shah Alam diserang oleh jerebu yang agak kronik seminggu dua yang lalu. Alhamdulillah bila rasa mata dah merah saya cepat cepat ke klinik, so tidaklah mengambil masa yang agak lama untuk sembuh.

Sebenarnya sebelum tu saya menghadiri kenduri kahwin kawan suami di Meru, Selangor. Biasanya pemanis mulut disediakan seperti bubur kacang, bubur pulut hitam dan kuih muih. Tetapi mereka menyediakan sago gula melaka. So bila balik, terasa macam nak makan lagi pula rasanya.





Saya rasa ini antara kuih/pemanis mulut yang agak senang untuk disediakan. Tidak perlukan sukatan yang begitu terperinci seperti anda menyediakan kek/puding atau kuih muih yang lain.

Apa yang anda perlukan cuma sagu biji, rendamkan sebentar. Panaskan air hingga mendidih, masukkan ke dalam air mendidih dan biarkan hingga ia menjadi lutsinar. Kemudian tapis dan lalukan dibawah air paip untuk membuang kanji. Kemudian masukkan kedalam bekas/acuan yang sesuai dan sejukkan.

Sementara kuah santannya, anda hanya perlu panaskan santan dengan sedikit garam jangan biarkan hingga santan menggelegak atau pecah minyak. Saya selalu perah santan menggunakan air masak/air suam.

Untuk gula melaka pula, kalau nak senang beli saja yang sedia ada di pasaraya. Atau kalau anda rajin boleh masak gula melaka sendiri di rumah especially untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

2 comments :

fazianbatrisyia said...

arghhh..sedapnya...lama tak buat

Rosdi Eunos said...

Hmmm bila tengok ni.. teringat isteri ex-boss yg selalu buat kuih ni yg biasanya saya akan makan dengan sepenuh tenaga.., hehe.. memang favourite... kalau dekat ni lama dah saya pegi mengendeng and mintak sikit..