Thursday, June 5, 2014

Karipap Daging




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.... 



Malu nak mengaku yang selama hidup mungkin sekali dua saja saya pernah buat karipap sendiri. Itupun mungkin masa sekolah bila tengok emak buat karipap, kita pun sibuk nak menolong. Bila dah makin membesar, dah malas nak belajar mengelim karipap. Kesudahannya sampai sekarang terkedek kedek nak buat sendiri.

Itulah kan... banyak kuih especially kuih kuih lama yang makin pupus bila anak anak sudah tidak berminat untuk mempelajari. Sekarang kalau terasa nak makan boleh tempah atau beli saja di kedai.

Nasib baik ada orang mencipta acuan karipap so tak adalah susah sangat nak buat. Walau bagaimanapun masih kena kelim sikit supaya intinya tidak keluar semasa menggoreng.
 

Malam tadi tiba tiba rajin pula nak buat karipap. Mulanya plan nak buat inti dulu dan mungkin hari ini lepas kerja baru nak buat karipap. Tapi memandangkan semalam my husband sibuk nak menonton Rancangan Kilauan Emas tu, saya terus ke dapur menguli doh. Sambil temankan suami, sambil tangan membuat karipap.

Resepi rasanya dari Jintanmanis tetapi saya copy dari blog Mas Duniaku. Resepi inti saya gunakan sama seperti inti samosa yang saya buat tempohari. Cuma saya sertakan resepi doh untuk kulit karipap.

Bahan bahan untuk kulit karipap

400 gms tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air sejuk + kiub ais
Secubit garam
2 sudu besar marjerin

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, uli sehingga sebati.
2. Ambil sedikit doh, leperkan dengan roller pin. Sudukan inti dan tutup rapat. kelim disekeling supaya tidak terbuka. Atau boleh gunakan alat untuk membuat karipap.
3. Buat sehingga selesai. Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan sehingga keperangan. Angkat dan toskan.

 

 

2 comments :

adda syuhada said...

sedapnyerr...

Liza said...

dah lama Liza xbuat karipap, nmpak gayanya kena merajinkan diri tuk buat sebelum puasa ni...