Tuesday, June 17, 2014

Marble Bread Pudding




Assalammualaikum dan Salam sejahtera...

Sudah beberapa hari cuaca agak panas dan  membahang. Badan dah rasa kurang selesa dan ada tanda tanda hendak selsema. Kalau nak keluar pun fikir beberapa kali sebab bila balik nanti mulalah kepala berdenyut denyut menahan sakit. So kalau tiada perkara penting, memang agak malas nak ke mana mana.
 


Beberapa hari tiada entry baru, so hari ini saya masukkan gambar Marble Bread Pudding yang saya ambil dari Majalah RASA. Tetapi ada sedikit kesilapan yang saya buat....

Tertukar tepung kastad dengan tepung jagung. Sebab itu pudding saya agak pucat.Padahal dah baca resepi beberapa kali tetapi masa nak ambil tu, terus capai tepung jagung.

Rasanya lebih kurang sama cuma warnanya agak kurang menarik sebab sedikit pucat. Saya ubahsuai resepi bergantung bahan yang ada di rumah.
 

 Marble Bread Pudding

Bahan bahan
2 keping roti . Saya guna roti butterscotch
2 sudu makan tepung kastad
1 1/2 sudu teh serbuk agar agar
750 ml susu segar
100 gms gula kastor
2 sudu makan serbuk milo

Cara cara
1. Buang bahagian kerak roti. Masukkan ke dalam blender bersama sama dengan susu segar dan gula. Kisar hingga halus.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk,kemudian masukkan serbuk agar agar dan tepung kastad, kacau sebati.
3. Panaskan dapur dam masak sehingga adunan menjadi agak pekat. Selalu kacau supaya adunan tidak berketul. Matikan api.
4. Ambil 2 senduk kecil adunan dan campurkan dengan serbuk milo. Kacau biar sekata.
5. Tuang adunan asal ke dalam bekas sesuai. Biarkan sebentar lebih kurang 3 minit. Kemudian baru tuang adunan milo ke dalam bekas tadi.Jika tuang sebaik saja adunan asal dituang, ia akan terus bercampur.
6. Sejukkan sebelum dihidang.

Nota: Saya sukakan pudding yang sedikit lembut, jika anda sukakan puding yang agak keras, boleh lebihkan serbuk agar agar.




2 comments :

CT Humairah said...

janji sedap.. tertukar tepung pun xpe ^^

fazianbatrisyia said...

sedap ni sejuk2