Monday, June 30, 2014

Skuasy Orange Cocktail



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah kita sudah berjaya melalui hari pertama berpuasa di dalam bulan Ramadhan. Memandangkan hari pertama puasa jatuh pada hari Ahad dan cuti hujung minggu, rasanya ramai ibu dan isteri di luar sana mengambil kesempatan untuk menyediakan sendiri menu berbuka. Maklumlah bukan senang untuk para ibu dan isteri yang bekerja untuk menyediakan menu yang sedikit luar biasa untuk berbuka puasa di hari bekerja.

Alhamdulillah saya dan suami hanya berbuka dengan menu yang sederhana dan yang penting tidak membazir.

So untuk hari ini mari kita menjamu mata dengan minuman Skuasy Orange Cocktail with Chia Seeds. Resepi asal menggunakan aiskrim soda tetapi ia agak tidak sesuai untuk berbuka puasa memandangkan perut kita kosong sepanjang hari. Jadi kita boleh ketepikan dan hanya menggunakan jus oren. 

 

6 comments :

MamaFaMi said...

Gulp.... telan air liur..

Gee® said...

Salam Ramadhan kareem... terlior tgk air...

hazila said...

MamaFami,

Nah sapu tangan, lap air liur tu. hehehehehe

hazila said...

Kak Gee,

Salam Ramadhan buat kak Gee sekeluarga. Sekarang ni air la yang nampak paling sedap sekali.

kakyon said...

bulan puasa kali..resepi air yang di cari.dah macam2 resepi air di cuba.kali ini try resepi zila pilak..

Rini Shariff said...

assalamualaikum..saya minat ngan blog akak ni..mcm2 recipe dpt saya blajar.. tq.. http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fyoutu.be%2FOBUuamUkp0s&h=uAQGtUBxF
jmput tgk video masakkan kami menggunakan pekasan daging dan pekasam ikan.. :) slamat menonton..