Sunday, July 6, 2014

Onde Onde Keledek


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Hampir seminggu tanpa new updates. Weekdays dalam bulan puasa agak sukar untuk saya bahagikan masa antara kerja, sediakan juadah berbuka dan photo shoot menu berbuka. So pada kawan kawan yang masih sempat updates blog setiap hari walaupun bekerja memang kena tabik hormat.

Waktu sekarang ialah pukul 1 pagi, sambil temankan my husband menonton perlawanan antara Argentina VS Belgium, sempat juga saya update blog.  


Hari ini saya sediakan Onde Onde atau dikenali juga sebagai Buah Melaka. Kebetulan ada 2 ketul keledek Jepun yang bewarna kuning. Actually saya suka keledek ini, selalunya saya rebus atau bakar. Sedap dimakan begitu saja.

ONDE ONDE KELEDEK

Bahan bahan
2 cawan ubi keledek yang telah direbus dan dilenyek
2 cawan tepung pulut
1 keping gula melaka - dipotong kecil
Air secukupnya
Kelapa parut dan sedikit garam

Cara cara
1. Gaul keledek bersama sama tepung pulut. Masukkan air sikit demi sedikit hingga menjadi doh.
2. Ambil sedikit doh, masukkan gula melaka dan bulatkan. Buat hingga habis.
3. Didihkan air, masukkan bebola yang berisi gula melaka tadi. Apabila bebola timbul di permukaan air, angkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
4. Kemudian golekkan bebola tadi ke dalam bekas berisi kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
 

4 comments :

CT Humairah said...

Mesti sedap ni.. CT suka semua jenis ubi.. semua keturunan ubi. hihiks..

mama sara nur said...

Selamat berpuasa
Sedappnya
Teringat belajar wat onde2 keledek ni kat sek masa form 1 , ert seni rymahtangga hihii

kakyon said...

mengancam selera betul onde onde keledek nie..

Honey said...

Salam Kak Hazila,

Sedapnya.. dah lama tak makan ondeh ondeh.