Thursday, June 12, 2014

Butter Cake




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Maaf buat pengunjung My Small Kitchen sebab hampir seminggu tiada entry baru. Tuan rumah sibuk jadi "baby sitter".....

Sampai sakit sakit badan dibuatnya melayan kerenah anak anak sedara... Itu baru 2 minggu, kalau lama boleh kurus dibuatnya. "wink"

Walaupun boleh dikatakan setiap hari saya masak, even siapkan sarapan pagi tapi tak sempat nak ambil gambar makanan. Lepas masak saja, masing masing dah tak sabar nak makan.

 


Hari ini saya upload gambar Marble Butter Cake yang saya ambil resepinya dari Majalah RASA. Walaupun marblenya tak cantik tetapi rasa keknya memang terbaik. Lembut, gebu dan manisnya sedang elok saja. Cuma kurang puashati dengan corak marblenya. Resepinya menyuruh adunan dibahagi kepada 2 dan satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko. Tetapi saya rasa lebih baik kalau hanya 1/4 bahagian dicampurkan dengan serbuk koko. Ini kerana warna coklat agak dominan so ia lebih ketara berbanding warna asal adunan. Just my 2 cent opinion.
 
 Percaya tak kalau saya katakan saya buat kek ini waktu pagi sebelum pergi kerja? Elok sahaja kek masak, saya terus ke tempat kerja. So balik kerja semalam baru keluarkan dari loyang. Baru saja nak mengambil gambar, anak anak saudara semua asyik cakap " boleh tak nak rasa?"

Aduhaiiii... cepat cepat ambil gambar sebelum tak nampak rupa kek tu.

Marble Butter Cake

Bahan bahan
227 gms butter
170 gms tepung superfine
1 sudu makan serbuk penaik
1 sudu makan ovalette
3 sudu makan susu pekat
170gms gula kastor - saya gantikan dengan organic cane sugar
5 biji telur - asingkan putih dan kuningnya
1 sudu makan vanilla extract
4 sudu makan serbuk koko

Cara cara
  •  Masukkan butter, susu pekat dan vanilla extract ke dalam mangkuk adunan. Pukul hingga kembang.
  • Ayak tepung bersama sama dengan serbuk penaik.
  • Pukul telur putih sambil masukkan sedikit demi sedikit gula hingga soft peak.
  • Kemudian masukkan telur kuning satu persatu dan pukul ringgan.
  • Campurkan adunan telur dan adunan butter dan gaul hingga sebati. Kemudian masukkan tepung sikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.
  • Panaskan oven pada suhu 180C, gliskan loyang dengan butter dan sedikit tepung. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko.
  • Masukkan adunan diselang selikan antara adunan asal dan koko. Ambil lidi dan buatkan marble.
  • Bakar kek selama lebih kurang 30-35 minit atau sehingga kek masak. Caranya ambil lidi dan cucuk dibahagian tengah kek, jika lidi keluar bersih, maka kek sudah masak.
  • Sejukkan kek sebelum keluarkan dari loyang.


4 comments :

CT Humairah said...

saya sngt jeles dgn tangan tangan berbakat buat cake cake ni.. aaaargh..!! nak tangan gifted jugak.. oonomnom sngt kalau tengok blog akak ni..

hazila said...

Malu akak wahai ct humairah..... ini yg menjadi. Kadang kala tak menjadi juga. Anyway thanks for the compliments.

sudipVSsenduk said...

belum pernah jumpa masakan yg tak sedap dalam blog ni.... di sini cemburu

Honey said...

Salam Kak Hazila,

Saya suka sangat makan kek butter cenggini daripada cream cake. In shaa Allah nanti nak buat la.