Monday, January 5, 2015

Bread Pudding with Preserved Jackfruit


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Tiada idea nak menulis kali ini. Hanya perkara yang hampir sama setiap hari. Tapi bersyukur kerana masih boleh menjalani kehidupan seadanya.

Bila ada kelapangan saya suka google mencari menu yang menarik minat saya untuk mencuba. Biasanya menu yang simple sebab saya belum berani untuk mencuba resepi yang complicated yang memerlukan fokus yang tinggi. Kita kena tahu kemampuan diri sendiri dahulu...

 


Antara resepi yang menarik perhatian saya ialah puding roti bersama nangka yang telah dimasak dengan gula terlebih dahulu. Resepi saya ambil dari Junbelen.com.

Boleh saja kalau gunakan nangka segar cuma mungkin rasanya sedikit berbeza. Resepi asal hanya perlu mereneh nangka di dalam gula perang dan sedikit air tetapi saya masukkan simpulan daun pandan untuk menambahkan bau wangi daun pandan.

Cara untuk menyediakan "Preserved Jackfruit" cukup mudah, anggaran 450 gms isi nangka segar yang dipotong dimasak dengan 1/2 cawan gula perang dan sedikit air. Masukkan 1 helai daun pandan. Masak hingga larutan gula menjadi pekat anggaran 15 minit. Sejukkan dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.
 

 Puding roti memang enak dimakan bersama sama sos kastard ataupun vanilla icecream.

Kebanyakan resepi puding roti hampir sama begitu juga dengan sos kastard. Walau bagaimanapun, nanti saya akan upload resepi yang saya gunakan.



Puding Roti bersama Nangka

Bahan bahan
4 cawan susu segar
2 biji telur - pukul ringan
1/3 cawan gula
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh vanila
4 sudu besar mentega cair
1 cawan "preserved jackfruit"
6 - 8 keping roti - potong kiub

Cara cara
1. Sapukan mentega pada baking dish yang sesuai anggaran 8X8.
2. Kacau susu, telur, gula, garam, vanilla dan mentega cair di dalam bekas yang besar.
3. Masukkan nangka dan roti, gaul sebati dan biarkan selama lebih kurang 30 minit.
4. Tuang campuran tadi ke dalam baking dish dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C secara bain-marie. Anggaran masa lebih kurang 1 jam bergantung pada oven masing masing.


Sos Kastard Vanila

Bahan bahan
1 tin susu cair/susu segar
1 sudu teh vanila
1 sudu besar tepung kastard
Secubit garam
3 sudu besar gula - tambah jika suka manis
1 biji kuning telur

Cara cara
1. Pukul ringan gula, kuning telur, garam, vanila dan tepung kastad.
2. Panaskan susu tetapi jangan sampai mendidih. Tuang perlahan ke dalam campuran kuning telur perlahan lahan sambil dikacau.
3. Tuang kembali adunan ke dalam periuk dan masak sebentar.
4. Jika suka, tapis sos kastard untuk mendapatkan sos yang licin.





Selamat Menjamu Selera....