Wednesday, January 7, 2015

Simple Chewy Gooey Brownies



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Aduhhhh cuaca di Shah Alam pagi ini betul betul panas membahang. Awal pagi lagi sinaran matahari sudah mencucuk cucuk mata. Kena fikir banyak kali kalau nak keluar ke mana mana. Nanti bila lewat petang mula hujan turun mencurah curah.

Hari ini kita layan Chewy Gooey Brownies yang senang saja untuk menyediakannya. Tidak perlukan mixer. Tetapi finished products tidak mengecewakan.


 Sesuai intuk kudapan atau pun untuk diberikan kepada handai taulan. Ehhhh kalau nak jual pun ok juga.

Resepi saya ambil dari blog the tummy train. Walau bagaimanapun saya kurangkan kuantiti gula sebab rasa macam manis sangat. Inipun masih terasa agak manis pada deria rasa saya.

Kalau suka agak tebal boleh gunakan loyang yang kecil atau double the quantity.

Kalau ada kemampuan boleh letak campuran kekacang seperti walnut, hazelnut dan almond. Kalau tidak boleh masukkan kekacang yang available seperti saya. Kali ini saya gunakan biji gajus.


 



Bahan bahan

115 gms mentega tanpa garam
115 gms unsweetened chocolate
250 gms gula perang (saya kurangkan kepada 190 gms)
2 biji telur saiz A
1 sudu kecil vanila extract
70 gms tepung gandum
1/8 sudu teh garam
80 gms bittersweet chocolate chips
75 gms walnut - panggang dan potong kecil ( saya gantikan dengan gajus)

Cara cara
1. Panaskan mentega di dalam periuk. Kemudian masukkan chocolate dan kacau hingga cair.
2. Matikan api, masukkan gula dan kacau sebati.Masukkan telur satu demi satu. Kacau lagi.
3. Kemudian masukkan vanila dan tepung gandum. Kacau dan masukkan chocolate chips dan kekacang.
4. Alaskan baking pan dengan baking paper dan gliskan dengan butter. Tuang adunan dan ratakan.
5. Bakar di dalam oven selama lebih kurang 30 minit pada suhu 175C. Sejukkan sebelum dipotong.
 
 

9 comments :

Rosdi Eunos said...

Untuk minum petang dengan kopi O! best!

fazianbatrisyia said...

agak lama tak buat. buat utk potluck mesti laku.
sedapnya...kalau rajin nanti nak buatlah...

nanonano said...

nak resepi kak, hehe

ummiaisyah said...

serius drooling!

Liza said...

perghhhh,mengancam..

Wani said...

salam singgah..

flaky nya on top cantik hii.. lama x buat brownies

Najib Ariyan said...

brownie makan ngan teh o... memang power seh... hidangan petang yg meletops...

dZana said...

apa kbr hazila .. rindunyaaa.. lama btul tak BW.. jengok2 ada brownis pulak.. sedapppnya

minn said...

assalamualaikum hazila..bakin tray size apa ye ni?