Sunday, December 28, 2008

Daging Sos

Malam ni ada saudara datang dari Perlis, so untuk dinner saya masak daging sos dari resepi Che Iza @ MyR. Diorang cakap sedap, kembang gak bila ada org dok puji masakan kita sedap. Hehehe.... terperasan la pulak.

Bahan-bahan ( 4-5 org )

1/2 kg daging
1 1/2 inci lengkuas diketuk
10 gm rempah tumis
* 3 biji bawang merah
* 2 biji bawang putih
* 2 batang serai
3 sb lada boh / cili giling
3 sb sos tomato
3 sb sos cili
1 sk kicap pekat
garam, gula n pak aji

Cara-cara
  • Rebus daging dgn lengkuas dan rempah tumis hingga empuk. Hiris nipis daging. Air rebusan jgn buang.
  • Kisar bahan bertanda*. Tumis bahan bertanda * hingga kekuningan. Masukkkan lada boh tumis hingga garing.
  • Masukkan lebihan air rebusan tadi biar mendidih. Masukkan daging biarkan seketika.
  • Masukkan sos tomato, sos cili n kicap pekat.
  • Masukkan garam, gula n perasa secukup rasa. Biar kuah pekat n siap tuk dihidang.

No comments :