Friday, December 19, 2008

Pad Thai

Pad Thai, lebih kurang cam mee goreng org org Thai. Saya jumpa beberapa resepi tapi cuba resepi yang agak ringkas dan bahan bahan yg ada saja. Rasanya..... oklah.

Bahan bahan

200 gms mee Thai ( ada dijual dipasaraya - bhgn kering) - rendam hingga lembut
1 keping tauhu - digoreng dan dihiris nipis
1 sudu makan udang kering - digoreng
1 sudu makan lobak jeruk - dihiris halus
2 sudu makan daun kucai yang dipotong lebih kurang 2 cm
2 ulas bawang merah - dimayang halus
20 gms taugeh
2o ml air asam jawa
1 sudu makan gula kabung
1 sudu makan kicap sotong
1 sudu makan serbuk cili Thai
1 biji telur
Sedikit kacang goreng untuk hiasan
Garam secukup rasa

Cara Cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga kekuningan, masukkan udang,lobak jeruk dan tauhu. Goreng seketika.
  • Kemudian masukkan mee Thai, air asam yg telah dicampur dengan gula kabung dan sedikit garam.
  • Goreng buat seketika, masukkan telur yg telah dipukul sedikit, udang kering,daun kucai,taugeh,kicap sotong dan serbuk cili.
  • Gaul rata dan masak hingga agak kering.
  • Semasa menghidang bolehlah ditabur dengan kacang tumbuk dan limau nipis.

No comments :