Wednesday, December 31, 2008

Lokan Goreng Serai Bercili

Semalam masa pergi pasar basah kat Seksyen 6, Shah Alam, terjumpa lokan ni. Ambil sikit jer sebab my husband kurang gemar. Jadi saya decided nak buat goreng serai bercili.

Bahan bahan

500 gms lokan
2 sudu makan cili kisar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 batang serai
2 cm halia
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan sos tiram
Asam keping

Cara-cara
  • Kisar bawang putih,bawang merah,halia dan serai. Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan biarkan hingga pecah minyak. Kemudian masukkan sos tiram.
  • Kacau hingga mendidih, perasakan dengan garam,gula dan asam keping.
  • Biarkan hingga semua lokan terbuka dan kuah agak pekat.
  • Bolehlah diangkat.
  • Masukkan lokan dan sedikit air.

No comments :