Wednesday, January 21, 2009

Epal Bersalut Coklat & Aiskrim


Dessert untuk malam ni, Epal Bersalut Coklat & Aiskrim. Walaupun Shah Alam hujan lebat, tapi disebabkan dah lama tak makan aiskrim, saya beli gak aiskrim. Nak buat sendiri, malaslah pulak.
Bahan bahan
2 biji epal - dibuang empulur tengah dan kupas kulitnya
250 ml air
1 sudu makan jus lemon
100 gms coklat masakan
30 gms kacang tumbuk
Aiskrim
Sos strawberry/rasberry
Cara-cara
  • Masak epal hingga lembut.Perahkan jus lemon ke dalam rebusan epal tadi.
  • Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boil. Biar coklat pekat dan sejuk seketika.
  • Salutkan epal dengan coklat tadi dan taburkan dengan kacang tumbuk.
  • Semasa nak menghidang, letakkan sos strawberry/rasberry dan aiskrim kesukaan.
  • Sedia untuk dinikmati.

No comments :