Bahan-bahan ( 5-6 orang )
*Karamel*
1/2 cawan gula
2 sudu besar air
2 sudu besar air suam
2 keping roti
sedikit butter
4 biji telur
600ml susu cair/susu segar
8 sudu besar gula halus
sedikit esen vanila
sedikit kismis(optional)
Cara-cara
- Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
Sapukan roti dengan butter. - Kemudian toast roti selama 3-4 minit. Potong roti sebesar 1-2cm. Ketepikan.
- Sediakan karamel. Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang.
- Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi.
- TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau sehingga warna perang yg diinginkan.
- Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati.
- Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi.
- Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis ke dlm no.4.
- Letakkan acuan ini ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air suam ke dalam dulang tersebut tp BUKAN dalam acuan puding. Kukus selama 40 minit.
No comments :
Post a Comment