Monday, January 5, 2009

Mango Mousse


Uihhh...dah lama tak makan mangga yang ranum dan lemak manis ni. Tadi sebelum balik rumah, pergi beli mangga 3 biji. Alhamdullillah manis sangat. Sebiji tu makan cam tu jer, yang balance tu buat dessert ni. Resepi dari Yani.

Bahan-bahan
200g yogurt tanpa perisa
100ml susu segar
1-2 biji mango
16g gula
5g gelatin + 1 sudu besar air panas

Cara-cara
  • Kupas kulit mango. Masukkan semua bahan kecuali gelatin ke dalam blender or mixer.
  • Mix sehingga semuanya sebati.
  • Masukkan pula gelatin. Mix lagi dalam 1-2 minit.
  • Tuang ke dalam acuan. Sejukkan dalam peti sejuk.
  • Hiaskan dengan mango yg dipotong dadu sebelum dimakan.

No comments :