Tuesday, May 24, 2011

Nasi Minyak

 

 Untuk memasak Nasi Minyak ini saya gunakan resepi Makyong dari Myresipi, cuma saya kurangkan kuantiti sahaja. Selain itu saya tidak menggunakkan pelbagai pewarna tetapi menggunakan Saffron untuk memberikan sedikit warna kekuningan pada nasi minyak.

Kalau saya letak pelbagai warna nanti ada yang tak makan pulak, so maintan warna natural.Tapi memang sedap nasi minyak ni. Dan jangan tak tau, suami saya dah request supaya saya masak lagi hujung minggu nanti.

 

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau
  • [bahan tumis]
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • [bahan hias]
  • bawang goreng
  • kismis

Cara-cara

  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

2 comments :

Ayu said...

Assalam zila, nasi minyak nampak sedap..dah lama juga tak masak nasi minyak simple2 gini..kena pulak dengan udang sambal kat bawah tu..no wonder hubby you suruh masak lagi memang sedap gandingngannya..complete set..

Wanieyra said...

salam zila....tak pernah makan gini...biasa mak iara suka masak kerisik.