Monday, May 23, 2011

Sup Kepala Ikan Merah

 
Ini menu lunch semalam.

Sup merupakan makanan kegemaran saya, kalau hari hari ada sup pun ok. Memandangkan malas nak keluar ke kedai yang terdekat, saya masak sup dengan apa yang ada di dalam esbox saja.

Bahan bahan

1 keping kepala ikan merah saiz sederhana - siang, cuci dan toskan.
1 biji kentang - kupas dan potong size sesuai
1 batang leek - potong menyerong
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1 batang kulit kayu manis
1 pc bunga lawang
2 biji buah pelaga
1/2 biji buah keras
2 keping daun bay
1 uncang sup bunjut
Garam
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan bertanda * dikisar halus

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar, kulit kayu manis, buah pelaga, buah keras, daun bay dan bunga lawang hingga naik bau.
2. Masukkan air dan kentang, biarkan seketika hingga kentang hampir empuk.
3. Masukkan kepala ikan dan daun leek. Biarkan ia mereneh dengan api sederhana. Perasakan dengan garam dan biarkan sehingga ikan masak.
4. Boleh taburkan dengan daun sup semasa menghidang jika suka.

3 comments :

Chik Mimi said...

kita pun sukak ngan sup ikan tp kena ada sambal kicap

cik cek said...

Hazila...

kak cek nak semangkuk sup....bestnya dapat hirup sup ni...slurp...slurp....:)

KakAsma said...

akak pun sama cam Mimi,mesti ada sambal kicap,buh nasi sket ajer,kuah banyak2..sedap makan ...