Thursday, August 21, 2008

Peach Jelly

Resepi ni saya jumpa dalam Suratkhabar, cuma tak ingat bila. Kalau tak silap, resepi untuk kanak kanak kerana ia menggunakan susu tepung khusus untuk baby. Tapi saya dah ubahsuaikan resepi mengikut kesesuaian.

Bahan bahan

6 kepingan peach ( yg dalam tin bersama syrup )
130 ml syrup dari tin yg sama
Gula
300 ml susu segar
5 gms serbuk agar agar

Cara cara
  • Peach dipotong dadu dan ketepikan.
  • Masukkan serbuk agar agar ke dalam syrup dan biarkan ia larut seketika.
  • Masukkan susu segar ke dalam periuk bersama sama dengan campuran syrup dan serbuk agar agar tadi.
  • Didihkan dan rasa manisnya, kalau perlu boleh masukkan gula mengikut tahap kemanisan yg disukai. Kacau sebentar biar gula larut.
  • Tutup api dan masukkan buah peach yg telah dipotong dadu. Gaul biar sekata.
  • Tuangkan ke dalam bekas yg sesuai dan bolehlah dihias mengikt kreativiti masing masing.
  • Enak dinikmati jika disejukkan terlebih dahulu.

3 comments :

ummi said...

Hazila..sedapnya nampak, cepatlah letak resepi..nk try nnt! :)

hazila said...

Kak Ummi, nanti saya ingat balik yek, maklumlah masa buat tu main agak agak jer.

hana said...

nk resepi gak la hazila..meh tepek!