Thursday, October 21, 2010

Puding Kukus Longan


Semalam terasa nak makan dessert, maklumlah sejak dua menjak ni saya cuba mengurangkan makanan yang membuatkan akan bertambah montel.Tapi sesekali terasa juga nak makan, so buat buat lupa la sekejap pasal nak kurangkan apa yang patut.

Bahan Bahan

1 tin susu cair
4 keping roti putih
4 biji telur
1 sudu makan gula pasir
Isi laici

Untuk Jelly
1 packet jelly nona perisa strawberry
400 ml air

Cara cara
  • Panaskan kukusan.
  • Rendam roti di dalam susu cair. Kisar hingga halus roti, susu cair,telur dan gula.
  • Masukkan bahan kisar ke dalam loyang yg sesuai dan kukus lebih kurang 30 minit.
  • Angkat dan biarkan ia sejuk.
  • Sementara itu sediakan jelly mengikut arahan di kotak.
  • Susun buah laici di atas adunan yg telah dikukus tadi.
  • Tuangkan jelly ke atas adunan. Sejukkan sebelum dihidang.



Saya pernah buat puding ni 2 kali sebelum ni. Dua dua saya gunakan buah laici tapi semalam saya tukar guna buah longan, sebab buah tu je ada kat rumah. Ok juga, takde la beza sangat dengan buah laici.

5 comments :

Watierman, rmanbkr said...

Hrmmmmm terasa nikmat dia dah!@!!!Tu baru tengok gambar!

abiummi_khalish said...

nk sikit boleh?huhu...dil mngidam nk mkn longan ni..kt cni xde....:-(

♥LOVE2COOK♥ said...

Lovely dessert...yumm! :D

sALLy said...

Assalamualaikum wbt..

semlm Sally search resepi puding roti, terjumpa dgn blog ni so Sally terus buat hari ni..
ni Sally baru siap tapi Sally guna jelly perisa manggo sb itu aje yg ada dlm stok hehe..

tapi mmg sedap..terima kasih utk resepi yg mudah ini..:)

Mrs. Nurulazmi said...

wow!sodap nya!vee nak cuba gak buat puding nie nanti..dah terliur ni nengok gambar..5 bintang penuh untuk gambar2 dalam blog ni..semua cantik dan menarik =).