Friday, October 1, 2010

Umur Berapa?


Dari minggu lepas lagi my husband dah cakap dengan saya yang dia nak beli Helikopter mainan yang guna remote control ni. Saya ingatkan dia main main je cakap dengan saya, rupa rupanya dia betul betul bermaksud nak beli mainan tu.. Tadi lepas kerja, dia ajak saya ke Giant. Ingatkan nak ajak shopping barang dapur ke.. rupa rupanya nak beli helikopter ni. Saya tanya dia, bang, you umur berapa ni yang nak main mainan macam ni. Dia cakap, ingat budak budak je ke yang boleh main. Orang tua pun boleh juga apa.

Memang la selalu nampak petang petang atau weekend ramai orang orang tua yang bawa mainan ni kat padang di Bukit Jelutong tu. Tapi selalunya diaorang bawa anak anak sekali. Dia cakap tak perlu lah pergi main kat padang tu, main je lah kat dalam kawasan rumah kita. Suka hatilah bang oiiii..... jangan buat yang bukan bukan sudahlah. Nasib baik dia beli yang kecik je, itupun ada hati nak beli yang besar.......

So, kalau nampak ada makcik yang dok pegang remote tepi padang tu........ buat buat tak nampak dah la ye.

4 comments :

Bitter Sweet said...

hahahaha, makcik pun terjebak sama yer :D cik abang patut beli 1 pair helikopter ni, boleh la zila main satu, cik abang satu :D

Deliah's Deli said...

salam zila...klu yg ni mmg kecik besar dok main...x dpt padang dlm rumah anak beranak ni hantam main...dah rosak br senyap skjap...br2 ni beli yg besar sikit...kemaruk :))

roslaini saad said...

salam..
saya pun minat juga dengan permainan ni..tapi tulaa terasa malu laa pulak...hehhe makcik-makcik main helicopter...hahahhah

leen hussain said...

rasanya tak perlu malu zila...kat johor ni pun siap ada instructor mengajar dewasa bermain heli dan plane nii...cik abang kita pun ada hati nak beli cuma tak sempat2 aje...kita pun minat tau..heeee