Salam,
Hari ini sudah memasuki hari 13 kita berpuasa. Makin ramai yang sudah mula menyediakan biskut raya. Agak agaknya berapa jenis biskut raya untuk tahun ini? Selain biskut moden, tentunya kuih kuih lama tidak dilupai.Kalau dulu dulu berpeluh juga kalau nak mengacau dodol atau membakar kuih baulu setiap kali nak menyambut raya kan... Tapi sekarang semua dah senang, dodol dah dibuat mengunakan mesin dan baulu boleh dibakar di dalam rumah.
Suasana menyambut raya makin hari makin kurang meriahnya. Tetapi kanak kanak tetap ceria dan tak sabar untuk menyambut hari raya, apa tidaknya, boleh pakai baju baru dan tentunya boleh kutip duit raya....
Saya masih berfikir apa biskut yang pertama untuk saya cuba hujung minggu ini. Itupun bergantung pada tahap kerajinan.
Semalam saya menyediakan air Sarbat untuk berbuka. Kalau tidak silap saya, dulu arwah my MIL cakap air sarbat tu ialah air sirap. Sebab masa saya dengar dia cakap nak buat air sarbat, saya teruja nak tengok bagaimana rupanya air sarbat tu. Rupa rupanya air sirap.
Tapi kali ini saya gunakan air kelapa yang ditambah dengan sirap yang ready made. Selain memasukkan isi kelapa, saya juga tambahkan biji selasih dan juga buah kembang semangkuk yang telah dikembangkan terlebih dahulu. Jadi ia bukan sekadar air sirap biasa tapi memang sedap terutama selepas seharian berpuasa dalam cuaca yang panas terik.
12 comments :
air sarbat ni rupanya air sirap selasih kan...hadui...baru tau...
Suria,
Akak dah tua tua ni baru tau. hehehehe...
salam zila,sedapnya ayaq sarbat tu ,macam kat Chowrasta Market ni plus ayaq mawaq sikit
Chi mimi,
Uishhh lamanya menyepi. Dok pakat buat kuih ghaya ka? Alamak lupa nak letak ayaq mawaq...
dulu pernah tengok TV org buat dodol guna microwave... pengsan!
Air 2 in 1.. sambil minum boleh makan2 :)
sudipVSenduk,
ye ke? buat dodol dlm microwave... uishhhh advance sungguh tu.
pernah dengar juga pasal air sarbat.. rupanya ari sirap & campuran2 penyejuk badan ni ye... sedap & segar je nampak..
teringat dulu sekali adik ipar buat air halia direbus dengan gula melaka.. katanya air sarbat juga.. mungkin ni versi dari negeri lain kot.. sy pun tak pasti air sarbat versi mana hehe.. tp sedap juga...
Madiha,
Rasanya ada pelbagai versi air sarbat bergantung dari negeri mana.
ooo air sarbat tu air sirap ye ...akak pun baru tau
alahaiii segarnya...terasa2 kt tekak..he heee pose2
hi kak hazila...
kat penang, air ni orang panggil sarba.. kekadang org panggil ais dinding sebab ada satu tempat ni jual air sarbat famous kat penang. sarbat yg sedap kena ada sirap, biji selasih, kembang semangkuk, getah anggur (katira), air kelapa ngan isinya dan kena letak sedikit esen nenas... nak lagi best letak buah kabung... perghhh kalau buka puasa tak ingat lain dah... hehehe
Post a Comment