Tuesday, December 25, 2012

Kabocha Pudding


As Salam dan Selamat petang,


Oh ya, Selamat bercuti kepada semua sempena Hari Natal.
Kepada kawan kawan yang berada di Terengganu, Kelantan dan Pahang, harap agar sentiasa berwaspada kerana banjir yang melanda dan berita juga mengatakan ia sudah tahap jingga yakni agak merbahaya. Beberapa rakan saya yang tinggal di Kuantan, rumah mereka pun dah dilanda banjir dan hujan tak berhenti henti. Memang memeritkan bila rumah dimasuki air banjir. Sudahlah banyak peralatan rumah yang mungkin rosak, nak mencuci rumah selepas banjir pun sangat memenatkan.




Hari ini cuaca mendung di Shah Alam, sejak beberapa hari ini pagi memang panas terik tetapi bila sampai tengahari langit mula mendung dan tak lama kemudian hujan turun dengan lebatnya. Seksyen 13 pun boleh banjir.

Sudah beberapa hari tiada entry dalam blog, so hari ini saya letak entry berkaitan Kabocha Pudding.

Apa itu Kabocha?
Ia adalah sejenis labu yang biasanya didapati di negara Jepun.Buahnya agak kecil, berkulit bewarna hijau dan tiada segment seperti buah labu yang biasa kita dapati di sini. Ini pertama kali saya jumpa, so just curious nak tau bagaimana rasanya, saya beli sebiji. Harganya agak mahal dari labu biasa.


Memandangkan rasa malas nak buat kuih muih yang mengambil masa yang lama, saya bercadang nak buat Pumpkin Pudding menggunakan Kabocha menggantikan labu.




Resepi saya ambil dari internet, cuma saya omit pumpkin pie spice yang digunakan dalam resepi ini kerana saya mahu pudding saya just sweet without the taste of the spices.



Kabocha Pudding

Bahan bahan
2 cawan susu segar
1/4 cawan gula
1/4 cawan tepung jagung
2 biji telur
1 cawan kabocha puree ( kukus kabocha dan lenyek)
1 sudu teh vanilla essence
1/4 sudu teh garam

Cara cara
1. Masukkan susu,gula dan tepun jagung di dalam periuk. Kacau menggunakan whisk dan biarkan hingga mendidih. Biarkan mendidih anggaran 3 minit dan sentiasa kacau.
2. Pukul telur menggunakan whisk di dalam mangkuk, masukkan sedikit demi sedikit separuh campuran susu tadi ke dalam mangkuk berisi telur.
3. Masukkan semula campuran susu + telur ke dalam periuk yang berisi separuh lagi campuran susu.
4. Masak lebih kurang 2 minit atau sehingga agak kental. Angkat dari api, masukkan kabocha puree, garam dan vanilla essence. Kacau sebati.
5. Sudukan campuran pudding ke dalam jar/bekas yang sesuai. Biarkan ia sejuk atau sehingga pudding keras.





14 comments :

Marsita Yahya said...

Ni bukan malas ni Zila...ni rajin namer nyer..apa2 pun sedap dah ingin nak try satu ketika yg sesuai...

Marsita Yahya said...

Yang mana resepi nyer...tak perasan tak ada lak tadi...

Salami Simon said...

Rajinnya Hazila mencuba sesuatu resepi yang baru...

Gee® said...

waaa...nyam2x

Chik Mimi said...

cantik gambaq,
texture labu tu macam kasar sikit ke saya yg rabun
heheh

Siti Nadira said...

so...cemana rasanya kak?sedap cam labu biasa ke lain sket?

hazila said...

MArsita,

Saya dah update resepinya. Kalau rajin, saya dah buat kuih talam labu. hehehehe...

hazila said...

Amie,
Saya suka resepi yang simple dan tak ambil masa yang lama utk menyediakannya.

hazila said...

Kak Gee,

yum yum.... kalau suka puding + labu, memang menyelerakan.

hazila said...

Chik mi,

toce toce... memang teksturnya sedikit kasar.

hazila said...

Siti Nadira,

entahlah, rasa lebih kurang sama je. Mungkin kalau org expert boleh bezakan kot.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam hazila..cam mana la rasanya Kabocha tu..tgk buahnya kecik comei jer:D

zila norazila said...

salam kak,
pestime dgr nie..nnt sy nk round jusco kot2 ada labu nie..leh tgk live camne rupanya..nampak sedap plk kak.

sudipVSsenduk said...

pernah cuba buat kuaci dari biji labu... tak sangka menjadi walaupun tak sehebat yg dijual