Friday, February 28, 2014

Beef Stock, Mushroom Gravy & Mashed Potato




Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Wah awal akak update blog hari ni ye.... Bukan apa hari ni awal pagi kurang sibuk sikit. Manalah tau tiba tiba tengahari nanti mula sibuk sampai ke petang pula. Jadi bila ada kesempatan, cepat cepat update blog dulu, maklumlah tengah rajin ni.

Lama juga tak masak western kat rumah, tiba tiba terasa macam nak masak macam macam menu western pula weekend nanti. So kita mulakan dengan menu yang simple dulu.

Mashed Potato with Gravy


Dulu dulu selalu beli instant gravy, bila nak makan cuma perlu tambahkan air dan panaskan. Tapi tak tahan sebab terlalu masin. Jadi lebih baik kalau kita buat sendiri beef stock di rumah.Mula mula kena sediakan bahan bahan dulu. 

Bahan bahan
1/2 kg tulang lembu ( anggaran )
2 labu bawang Holland - jgn buang kulit, belah 4
1 labu bawang putih - kerat bahagian atas
2 batang lobak - potong saiz yg sesuai
1 pokok daun saderi / sup
1 sprig daun thyme
2 helai daun bay
1 sudu teh lada hitam
2 sudu makan garam kasar
Sedikit cengkih dan buah pelaga - tumbuk sedikit

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam dulang pembakar, grill di dalam oven selama 1 jam pada suhu 200 darjah celcius.
2. Kemudian masukkan semua bahan ke dalam pressure cooker, masukkan air hingga menutupi semua bahan dan lebihkan sedikit.
3. Tekan butang beef/tendon dan biarkan hingga selesai.
4. Keluarkan dan tapis ke dalam bekas yang sesuai dan biarkan hingga sejuk.
5. Bila stock sejuk, ada lapisan lemak di atas permukaan, buang lapisan lemak tersebut. Simpan di dalam bekas yang sesuai.



Beef Stock yang terhasil, boleh digunakan di dalam pelbagai masakan.



Mushroom Gravy
( simple recipe)

1 sudu makan butter
1/4 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan beef stock
1 sudu makan kicap pekat
2 kuntum cendawan butang
Garam jika perlu

Cara cara
1. Panaskan periuk, masukkan butter. Bila butter cair, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati.
2. Kemudian masukkan cendawan butang yang telah diracik halus. Biarkan seketika sehingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan beef stock dan kicap pekat. Gaul hingga sebati, kecilkan api dan renehkan hingga kuah menjadi agak pekat.

Mashed Potatao

3 biji kentang Russet - kupas dan rebus hingga empuk
1 sudu makan butter
1/4 cawan susu segar - bergantung kepada kepekatan yang dikehendaki.

Cara cara
1. Masukkan kentang dan butter ke dalam bekas, lenyek sambil masukkan susu sedikit demi sedikit.
2. Hidangkan bersama sama dengan Mushroom gravy.






1 comment :

Muhammad Taufiq said...

Dah lama tak terjah sini, hari ni baru dapat terjah blog awk :)

Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)