Thursday, February 27, 2014

Sambal Hitam Pahang


Assalammualaikum dah Salam Sejahtera....

Entry kali ini saya tayang gambar Sambal Hitam Pahang tapi buatan Shah Alam. Sebenarnya stock belimbing buluh yang siap direbus sudah agak lama saya simpan dalam petiais, kebetulan masa balik kampung, tengok emak saya simpan stok yang agak banyak dalam peti ais. Apalagi, dengan muka ala ala comel saya minta la sikit. Sempat lagi emak saya pesan, " jangan jangan belimbing buluh ni ada lagi masa mak datang Shah Alam 2,3 bulan lagi".....

Memandangkan next week my parents nak datang, apa kata saya clear dulu apa yang patut....

Resepi sambal hitam Pahang ni saya ambil dari dapur MaDiHaA

Bahan bahan

1/2 cawan belimbing buluh yang telah direbus
1/2 cawan cili padi/ kurangkan jika terlalu pedas
2 cawan ikan bilis yang siap dibelah
6 ulas bawang merah
5 sudu makan kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara
1.Tumbuk cili padi hingga lumat, ketepikan.
2. Tumbuk 3 ulas bawang merah hingga lumat dan balance 3 ulas lagi hanya dimayang.
3. Tumbuk ikan bilis dan belimbing buluh separuh hancur.
4. Panaskan minyak, tumis bawang merah yang telah dimayang hingga wangi, kemudian masukkan semua bahan yang telah ditumbuk tadi.
5. Goreng hingga hampir kering kemudian masukkan kicap pekat dan perasakan.
6. Goreng seketika lagi hingga betul betul kering dan bolehlah toskan minyak.
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



9 comments :

Gee® said...

Zila...k.gee nak mintak sikit sambal hitam.. mabelesnyaaa

joijoi80 said...

tuan blog.. i ambil resipi ya.. nakcuba buat... dan tumpang tanya..rebus belimbing tu berapa lama... sebab saya ada baca kena rebus 5 jam...ada la saya cuba rebus dulu tp bila lima jam..langsung terlupa..belimbing buluh jadi arang dan dengan periuk kena buang sekali..

hazila said...

Kak Gee,
Meh la kak kita makan sesama...

hazila said...

joijoi80,

Biasanya kalau rebus sampai 5 jam tu dalam kuantiti yang banyak dan bertujuan untuk simpan lama. Tetapi kalau untuk terus buat hanya perlu rebus sehingga belimbing buluh bertukar warna menjadi coklat dan lembut.

JaSSNaNi said...

kalau sambal gini.. letak atas roti gardenia, lepas tu kepit, bakorkan.. sedapnyaaa

JaSSNaNi said...

kalau sambal gini.. letak atas roti gardenia, lepas tu kepit, bakorkan.. sedapnyaaa

fazianbatrisyia said...

oooo...cam tu buat dia. kalau rajin boleh sy cuba sebab kat rumah MIL masih byk buah belimbing. tadi pulak dpt rezeki org Sabah beri sepeket ikan bilis.

Bbwana adienia said...

nampak sedap tu..x pernah makan lagi sambal hitam ni..

Umie Jazz said...

Assalamualaikum..nmpk sedap...kena pulak dgn nasik panas..maunya bertambah2 nasik di pinggan...=)