Tuesday, September 9, 2014

Chocolate Chips Peanut Butter Cookies


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru saja cakap hari tu malas nak buat cookies lagi sebab baru lepas raya kan...

Sebenarnya hari Khamis lepas my BFF ajak "mengeteh" atau dalam bahasa rasminya minum petang lepas kerja keesokan harinya. Agak lama juga tak keluar sambil berbual. 

Macam la lama sangat kan.... Padahal baru jumpa masa open house sempena Hari Raya. Selalunya kalau berjumpa mesti ada yang bawa buah tangan atau belanja makan. So balik kerja hari khamis saya mula menggodek apa yang patut. Tak kan nak bawa perut je kan...

 

Memandangkan masih ada beberapa bahan untuk membuat cookies, saya google cari resepi yang mudah. Terjumpa resepi Choc Chips Peanut Butter Cookies dari Sweet & Delish. Hasilnya memang tidak mengecewakan cuma ia terlalu manis for my taste buds. So next time memang kena kurangkan gula.

Bagi mereka yang sukakan manis memang ok.
 

CHOCOLATE CHIPS PEANUT BUTTER COOKIES

Bahan bahan
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula perang
1 biji telur - dipukul ringan
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1/2 sudu teh vanila
3/4 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan peanut butter - yang kasar
1/2 cawan campuran chocolate chips

Cara cara
1. Ayak tepung, baking soda dan garam. Ketepikan.
2.Pukul butter dan gula hingga pucat dan kembang.Masukkan telur, vanilla dan campuran tepung tadi.Gaul sekata.
3. Kemudian masukkan peanut butter dan choc chips. Gaul sekata dan akan membentuk doh yang agak lembut.
4.Ambil sedikit doh, bulatkan dan letak di atas dulang pembakar yang telah digris. Atau boleh gunakan sudu.
5. Bakar di dalam oven pada suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang 8-10 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
 

7 comments :

Najihah Shafie said...

Sedapnyaaa ♥♥

mamabeauty said...

nampak sedap n sure different taste dia sebab letak peanut butter kan

hazila said...

Najihah,
Not bad rasanya cuma agak manis.

hazila said...

mamabeauty,

Ada kelainan sebab rasa peanut butter. Soft and crunchy.

Mas Sani said...

Sedapnya... cicah kopi pun sedap..

Rohah said...

Waaa...geram mcm nk capai je....kg kita dah naik kak lps raya ni

sis cuba said...

kalau guna tepung gandum or self rising flour boleh ke?