Thursday, September 4, 2014

Masak Lemak Daging Salai dengan Mangga Muda




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Lama tak update blog kan.... Maafkan kami, maafkan kami, maafkannn kamiiii....

Hendak dikatakan sibuk, tidaklah sibuk sangat sebenarnya. Tetapi lebih kepada tak tahu nak masak apa. Kadang kala menu yang berulang kali nanti jemu pula orang nak membaca. Nak buat kek dan biskut, rasanya raya dan rumah terbuka baru saja berlalu, masih belum hilang lagi "rasa kuih raya" kat tekak ni.

Itu yang membuatkan rasa malas nak buka blog sendiri.

Sempena cuti Hari Kemerdekaan yang lepas kami pulang ke kampung.Kebetulan ada jemputan kenduri jiran sebelah rumah sambil ambil peluang menghabiskan sisa sisa buah buahan di kampung.

Setiap kali pulang ke kampung kami akan melalui jalan yang penuh dengan orang menjual ikan patin sangkar atau patin sungai. Memandangkan kami (saya + suami) tidak makan ikan patin, so just cuci mata sajalah. Kalau sempat kami akan singgah di pasar tani yang kebanyakannya menjual hasil kampung. Memang seronok sebab boleh jumpa pelbagai tanaman kampung yang sukar ditemui di bandar.

Kebetulan masa itu musim buah dokong yang manis, kalau di Shah Alam, harganya sekitar RM5 sekilo. Di pasar tempohari, hanya dijual dengan harga RM2 sekilo.Saya beli 4 kilo tetapi penjual menambah hampir sekilo sambil menyuruh kita makan buah yang dijual. Memang boleh pengsan kekenyangan makan buah dokong...
  

Selain ikan patin, daging salai, ikan keli salai antara yang boleh didapati di tepi jalan. Sudah beberapa kali pesan dengan suami kalau ternampak tolong berhentikan kereta sebab saya hendak beli. Akhirnya saya dapat membelinya semasa pulang tempohari.

So menu malam tadi ialah Masak Lemak Daging Salai dengan Mangga muda dan Sambal Hitam Pahang. Bertambah tambah makan nasi. Yang dah gebu bertambah tambah gebu...

Masak Lemak Daging Salai dengan Mangga Muda

Bahan bahan (untuk 2 orang makan)
200 gms daging salai - dihiris nipis
1 biji mangga muda - dihiris saiz yang sesuai. Saya gunakan mangga lemak.
2 cawan santan pekat
10 ulas cili padi - ditumbuk
1 batang serai - diketuk
1 inci kunyit hidup - ditumbuk
Sedikit daun kunyit
Garam secukup rasa

Cara cara
1. Masukkan santan pekat, cili padi, kunyit, serai dan daun kunyit. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak.
2. Masukkan pula daging salai dan mangga muda. Masak sebentar, kemudian perasakan dengan garam.
3. Matikan api dan sedia disajikan bersama sama nasi hangat dan sambal hitam.

 
 

9 comments :

Rosdi Eunos said...

Salam Hazila,
Macam tersama pulak, saya hujung minggu lepas masak lemak daging salai juga, tapi dengan pucuk paku jer. Just nak tanya .. kampung area mana? Selangor jugak ke?

hazila said...

Waalaikumusalam,

Actually beli hari Isnin tapi tertangguh sampai semalam baru masak. Kampung saya di negeri Pahang Darul Makmur.

Bbwana adienia said...

Wah, sedapnya menu..terliur ni tengok..

hazila said...

Bbwana,

Ermmmm sedap hingga bertambah tambah nasi.

Rosdi Eunos said...

Oh ok, orang pantai timur juga ...
hubby pun dari belah sana juga ke?

hazila said...

Hubby orang Perlis. Separuh mamak, so tak boleh lepas dari KARI.

ameris said...

dah lama nak tanya... kalu masak mcm ni mmg tak letak bawang ehh??
weekend lepas jiran bg semangkuk daging salai lemak ni. mmg sedap..

hazila said...

ameris,
biasanya kalau masakan yang ala ngeri sembilan memang mereka tak gunakan bawang sebab mereka gunakan santan pekat yang banyak. Tetapi masak lemak dari negeri lain biasanya menggunakan bawang merah atau bawang besar.

Amie said...

lamanya tak singgah sini....
Zila... masakan negeri memang lain sikit kan... santan pekat yang digunakan tu jadi macam manis & boleh kurangkan rasa pedas cili padi rupanya ye...