Monday, September 22, 2014

Kuih Keria




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Mesti kaum ibu kembali sibuk selepas sessi persekolahan kembali semula.

Cuaca yang tidak menentu sedikit sebanyak mempengaruhi keaadaan kesihatan kita. Tuan rumah suami isteri kurang sihat sejak beberapa hari ini. Badan rasa lemah dan lesu. Mungkin juga kerana kurang mengambil air kosong dan lebih banyak minum air berais.

Walau badan kurang selesa tetapi tekak teringin nak makan macam macam walhal bukannya nak makan banyak pun. So hari sabtu petang saya sediakan kuih keria sebagai juadah minum petang. Kebetulan sehari sebelumnya saya ada membeli keledek Jepun yang menjadi kesukaan kami. Selalunya saya rebus atau bakar saja keledek tu, tapi sebab teringin nak makan kuih keria, jadi saya gunakan untuk membuat kuih keria. Saya suka menyebutnya sebagai "Kuih Kuye". Entah datang dari mana pun saya tak tahu.....

Resepi dari blog Citarasawan, cuma saya buat sebahagian dari adunan asal.
 

Bahan bahan
250 gms keledek (Saya gunakan Keledek Jepun berwarna oren)
1 sudu besar tepung ubi kayu
80 gms tepung gandum
1/2 sudu teh garam
80 gms gula pasir + 3 sudu besar air untuk menyira kuih

Cara cara
1. Kupas keledek dan rebus hingga empuk/lembut. Tapis dan lenyek halus ubi keledek semasa masih panas.
2. Masukkan tepung gandum, tepung ubi dan garam. Uli sehingga doh tidak melekat ditangan.
3. Ambil doh anggaran 40 gms, bulatkan kemudian buat lubang ditengah. Tekan sedikit supaya sedikit leper. Buat sehingga habis adunan.
4. Goreng kuih keria sehingga masak dan toskan.
5. Di dalam kuali lain, masukkan gula pasir dan air. Masak sehingga bertali atau likat. Masukkan kuih keria tadi dan gaul supaya air gula menyaluti seluruh kuih keria.
6. Angkat dan hidangkan.

 

4 comments :

Gee® said...

Sedapnya kuih keria...k.gee pun buat pagi tadi tp belum goreng lagi... utk my hubby berbuka ptg nanti... keledek dari Cameron highlands... manis kan?

hazila said...

Betul tu kak Gee, keledek ni memang dah manis so kuih keria jadi lebih sedap lagi.

adda syuhada said...

SEDAPNYA...

Rohah said...

Sy pun dah berangan nk buat kuih keria kak...tp maybe guna labu yg dah lama difreezerkan