Friday, September 26, 2014

Salted Caramel Flan



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Agak lama juga saya tak buat cream caramel. Dulu dulu saya suka beli bila setiap kali bulan Ramadhan, terutamanya di pasar ramadhan. Masa muda muda dulu agak liat sikit nak hala ke dapur. So bila nampak orang jual cream caramel rasa macam "excited" bila memikirkan betapa pandainya mereka menyediakan kuih atau hidangan seperti ini. Dulu malas nak ambil tahu sebenarnya, kalau rasa nak makan beli sahaja.

Tapi bila dah mula belajar ke dapur dan belajar selok belok memasak, rupa rupanya bukanlah susah sangat untuk menyediakan cream caramel ni.
 

Kali ini saya mencuba resepi Salted Caramel Flan. Boleh gunakan mana mana resepi cream caramel yang biasa anda gunakan cuma tambahkan garam semasa menyediakan caramel atau gula hangus. Pelbagai resepi boleh didapati dari internet. Pilih saja mana yang bersesuaian.

SALTED CARAMEL FLAN

Bahan bahan
5 sudu besar gula pasir
3 sudu besar air panas
1/2 sudu teh garam

Bahan Puding
5 sudu besar gula pasir
3 biji telur
2 biji kuning telur
2 cawan susu segar
Sedikit perasa vanilla

Cara cara
1. Sediakan Salted Caramel : Panaskan gula hingga keperangan. Masukkan air perlahan lahan. Kemudian masukkan garam dan gaul sebati. Tuang caramel ke dalam bekas yang sesuai seperti ramekin. Ketepikan.

2. Sediakan bahan puding: Pukul ringan telur dan gula hingga sebati. Masukkan esen vanila.
3. Panaskan susu sebentar, tidak perlu sampai mendidih. Tuang susu perlahan lahan ke dalam adunan telur sambil dikacau.
4. Tapis adunan supaya tiada gumpalan.
5. Panaskan oven pada suhu 170C. Tuang adunan telur ke dalam ramekin yang telah diisi caramel tadi.
6. Susun ramekin di dalam dulang dan masukkan ke dalam oven. Sediakan air panas dan tuang ke dalam dulang pembakar anggaran separuh tinggi ramekin.
7. Bakar sehingga masak, anggaran 30 minit bergantung pada oven masing masing. Sejukkan sebelum dihidang.

 

3 comments :

kakrose said...

cantik bersarang. KY buat padat je..

hazila said...

Saya pula teringin nak buat yg licin je tanpa lubang lubang tu kak yon...

water lily said...

Maaf orang yang tak pakar ni nak menyampuk ... ada petua kalau tak nak bersarang, telur tu jangan pukul sampai berbuih. So far, buat memang tak bersarang. wassalam.