Dah beberapa kali suami saya bersungut nak makan Ikan Haruan Bantut. Terms "Bantut" kat sini bukanlah pendek atau dompot, tapi istilah orang sebelah utara bila Ikan di belah belakang, disumbat dengan rempah ratus dan kelapa parut kemudian di bakar atau dipanggang.
Biasanya mereka menggunakan ikan haruan yang agak besar especially ikan haruan dari sawah atau sungai. Lagi sedap bila dipanggang menggunakan kayu api instead of oven atau grill. Aromanya lagi semerbak dan menaikkan selera.
Ada orang tak boleh makan ikan haruan sebab keaadaannya yang menyerupai ular. Saya memang tak akan siang ikan haruan, keli atau puyu kalau masih hidup. Kat sini senang, pilih ikan dan suruh penjual tu siang ikut kehendak kita. Boleh suruh belah belakang ke, even boleh minta mereka belah butterfly style seperti ikan kerapu di Chinese Restaurant. Balik rumah, cuci dan boleh terus masak.
Bahan bahan
1 ekor ikan haruan sederhana besarnya - dibelah belakang dan dicuci
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 biji cili padi
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
Segenggam penuh kelapa parut
1 batang serai
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
Garam
Sedikit minyak
Cara cara
1. Lumurkan garam pada isi ikan dan letakkan sedikit minyak di permukaan ikan supaya tidak melekat semasa membakar. Ketepikan.
2. Tumbuk lumat bawang merah, putih, serai, cili merah, garam, kelapa parut kunyit, jintan manis, jintan putih dan halia.
3. Sumbatkan bahan tumbuk tadi di bahagian belakang ikan yang telah dibelah.
4. Bakar di atas pembakar hingga masak.