Thursday, September 23, 2010

Bubur Chacha


Entahlah, sejak dua menjak ni saya rasa malas sangat. Lepas demam dan batuk makin reda, saya jadi makin malas pulak. Malas nak masak pun ya juga. Tapi sebab nak kena makan, jadi saya masak yang se simple mungkin.

My husband tanya saya, nak buat open house tak? Saya cakap, nantilah saya fikir dan tenung tenung dulu, tunggu dapat ilham ke..... Sebabnya kawan kawan dia ramai yang bertanya termasukla kawan kawan saya juga. Maklumlah ada beberapa orang kawan lama yang bertemu kembali melalui FB. Minggu lepas saya jumpa kawan lama yang lost contact, last sekali berjumpa masa Tingkatan 3. Bayangkan masa tu masing masing sekeping, kalau jumpa sekarang sure terkejut sampai terduduk tengok akak yang makin gebus ni.
2,3 hari ni excited bersembang, membuka almari kenangan zaman persekolahan. Ya Allah.... dah tua rupanya saya ni. Ingatkan masih zaman remaja yang gila gila lagi.

Dah melalut ke mana mana dah ni. Semalam teringin sangat tekak ni nak makan bubur chacha. Jangan hairan tengok bubur chacha saya kaler purple lagi. Sebabnya saya guna keledek jepun, bila dah masak semua bertukar jadi purple. Gambar pun dah blur sama blur dengan tuannya yang baru baik demam.

2 comments :

MRS. K said...

heheh.. tu la.. baru nak tegur bubur caca kaler ungu... hehhe.. sedap bubur caca.. saya suke

Alimaz-Kembara Terasing said...

best2...