Thursday, September 30, 2010

Milky Marble Cake


Agak lama juga saya tak membaking, niat tu ada tapi bila mengenangkan masa dan yang lebih penting sekali siapa yang nak tolong habiskannya, membuatkan semua niat dalam hati tu terbantut.

Tapi malam tadi semangat berkobar kobar nak buat kek, memandangkan ramai yang dah mencuba Milky Marble Cake ni, saya pun teringin juga nak join the club. Banyak yang perlu diperbaiki especially bab belang belang tu, kurang sekata. Mungkin adunan sedikit keras, sebab bila dah hampir masak, kek saya merekah di bahagian tengah. Ataupun oven terlalu panas barangkali. Permukaan kek pun tak sekata, seperti ada benjolan macam dahi naik jerawat la pulak. Tapi kek ni memang gebu je. Tak rugi mencuba.

MILKY MARBLE CAKE
Sumber: Chef Norzailina Nordin

Bahan bahan

250 gm butter ( Saya guna Golden Churn )
230 gm gula castor ( saya kurangkan kepada 200 gms - next time kena kurang sikit lagi )
2 sudu teh ovallete
4 biji telur
270 gm superfine flour ( Saya guna tepung kek )
1 camca teh baking powder ( saya tak letak sebab tepung kek dah ada )
60 gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 sudu teh chocolate emulco

Cara cara

1. Ayak tepung dan baking powder bersama sama dan ketepikan.
2. Putar butter, gula dan ovalette hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar adunan.
4. Kaup balikkan tepung dengan adunan tadi dengan spatula atau senduk kayu.
5. Masukkan susu pekat dan gaul sebati.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar. Gaul sebati.
7. Griskan loyang kek dengan butter, kalau suka boleh letak kertas minyak.
8. Tuang adunan sesenduk bermula dengan adunan warna asal kemudian diikuti adunan berwarna coklat. Buat silih berganti hingga habis adunan.
9. Panaskan oven, bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 -50 min atau sehingga masak bergantung pada oven masing masing.
10. Cucuk dengan lidi dibahagian tengah kek, kalau lidi ditarik keluar tidak melekat bermakna kek sudah masak.
11. Sejukkan sebelum dipotong. Sedia untuk dikmati dengan minuman kegemaran anda.

11 comments :

Kerull said...

salam Hazila...wah mmg gebu kek ni..dan cantik corak marble tu..lih try jugek ni...

leen hussain said...

salam zila....cantiknya kek tu...sayang nak makan..ekekekek...

Siti @ nurie said...

cantik arr..gebu pun gebu..siti jeleslah....nak buat gak..uwaa....tp pemutar tlur rosak..hu hu

♥LOVE2COOK♥ said...

Agree with Leen...mmg sayang nak makan kek tu kak! Cantik lor...seriously! :D

pB said...

Salam




nak mintak resepi, boleh...?

mummyseri said...

wah kak, very cute marble tu..suke :)

Jiya said...

santekkkkkkkkk!! sepoton tu jiya punya kan kan kan..

K.Nor said...

cantik dah tu hazila.. bak nak rasa sket :)

ijan said...

Cantiknye marble cake akak... terliur nak buat. kite pun dah lama tak baking. sekarang mood tak datang lagi kot. hehe

Mama Nazhan said...

salam zila, nak tanya la... kalau kek tak taruk ovelet tu bleh tak?
tak pernah buat kek yg ada bahan tu..

Miryam Sara Beda said...

Hello,
I'm not sure which language this post is in, but is there anyone that could translate to english? or tell me how to the shape of the cake so it comes out so nicely, please?