Friday, September 17, 2010

Milo Ais Tabur

 
Dah beberapa hari terasa badan kurang sihat, rasa seram sejuk, kepala pusing, sakit tekak dan yang paling tak tahan sekali ialah asyik nak ke bilik air je. Minum tak, tapi asyik nak melawat cik tan je...

Semalam cuti, kebetulan ada jemputan rumah terbuka di Jalan Kristal Seksyen 7 Shah Alam. My husband asyik tanya nak pergi ke tidak.... Saya dah beberapa kali bagi tau yg saya malas sangat nak pergi memandangkan keaadaan saya ni. Rasa tak selesa, tak kanlah asyik nak ulang ke tandas kat rumah orang. Tapi memandangkan yang lelaki tu kawan my husband sejak ITM lagi dan isterinya pula ada bau bau bacang dengan my husband, nak tak nak saya gagahkan juga pergi. Tapi dah siap pesan ngan my husband jangan lama lama sangat. Tapi bila dah sampai sana, jumpa kawan kawan lama masa belajar, kawan satu rumah masa bujang. amboi lupa diri dia ye... Saya ni dah dua tiga kali tenung tenung bagi hints tapi tak jalan juga.
Lastly saya pulak yang leka bersembang dengan isteri isteri diorang tu, siap ajak pergi main bowling lagi.

By the way, ais milo yang kat atas tu takde kena mengena dengan cerita. Saja je letak sebab takde gambar pergi rumah terbuka. Walaupun sakit tekak, saya tetap minum ais juga.... jadi bila sakit, kena lah tanggung sendiri.

2 comments :

deeTha H said...

salam kak,
lekas sembuh yaa..
jangan minum es banyak2 tu... hihihi

fuzidss said...

laa awat tak singgah umah kat Jalan Kristal 7/61 no uMAH 30..