Baru berkesempatan mengutip kad raya dari kak inahar. terima kasih bebanyak kak. Hampir seminggu menyambut hari raya di kampung. Tak banyak cerita di hari raya, beraya ala kadar sahaja. Saya baru sampai ke rumahku syurgaku. Risau juga tinggalkan rumah lama lama, maklumlah.... kebanyakan jiran pun pulang ke kampung masing masing. Alhamdulillah perjalanan pulang dari kampung lancar dan tiada masalah. Esok saya masih bercuti, plan nak mengemas rumah. Hari tu balik kampung, tinggalkan rumah tunggang langgang. So selamat membuat rumah terbuka kepada mereka yang buat dan selamat menjamu selera buat semua yang dijemput.
No comments :
Post a Comment