Tuesday, September 21, 2010

Sup Ekor Ala Thai

Dinner malam tadi saya buat Sup Ekor Ala Thai. Dah lama saya simpan resepi ni yang saya ambil dari blog somebody cuma dah agak lama saya pun tak ingat kat mana. Saya ubahsuai sikit ikut kesesuaian. Kalau ada persamaan resepi atau tuan punya resepi terbaca, minta izin saya letakkan di blog saya.

Bahan Bahan
  • 1 kg ekor lembu - potong saiz sesuai. Rebus hingga empuk.
  • 4 cawan air rebusan ekor lembu
  • Beberapa biji  petit tomato ( @ 1 biji tomato biasa )
  • 2 batang celery
  • 1 bungkus rempah tulang
  • 1 labu bawang besar - dimayang
  • 2 inci halia - dihiris
  • 4 ulas bawang putih - dihiris
  • Garam dan perasa secukupnya
  • 3 batang cili padi - tambah jika suka lebih pedas
  • Limau nipis
  • Bawang Goreng
  • 1 batang Lobak merah
  • 10 ulas bawang putih dihiris nipis atau ditumbuk halus, goreng dengan minyak hingga keperangan dan simpan bersama minyaknya. *****  Yang ini mesti letak, kalau tidak tak kick rasaanya.
  • Daub sup & bawang jika suka
Cara cara

1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bawang besar, putih dan halia hingga wangi. Masukkan perencah sup tulang.
2. Masukkan ekor lembu yang telah direbus bersama sama dengan air rebusannya sekali.
3. Kemudian masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar, bawang putih yang telah digoreng bersama sama sedikit minyaknya, celery, carot dan tomato.
4.Biarkan ia mendidih seketika, perasakan dengan garam, bahan perasa dan jus limau. Setelah cukup masin, pedas dan masam bolehlah diangkat.
5. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan bawang jika suka.

5 comments :

waliz said...

kenapa ya bila zila masak apa pun nampak cantik yo? sup tulang pun nampak kelass!

Mrs. Nurulazmi said...

wah!Sedap nya. bawak sini satu mangkuk =). vee seronok nengok carrot bentuk love and star tu =)

Mimiey.. (^-^) said...

sedapnye kak zila..bleh mie mintak semangkuk nk buat bukak pose???heheehheh....

Unknown said...

Macam sedap jer nie. Nie tgh buat la nie. Nmpk simple dan menarik

Unknown said...

Macam sedap jer nie. Nie tgh buat la nie. Nmpk simple dan menarik