Monday, September 17, 2012

Gulai Otak Lembu



Salam dan Selamat Sejahtera...

Nampaknya kita rakyat Malaysia memang mewah dengan cuti kan... Bermula dengan cuti raya yang panjang, diikuti dengan cuti Hari Merdeka dan semalam pula cuti hari Malaysia. Apalagi ramai yang ambil peluang mengadakan rumah terbuka memandangkan semalam hari terakhir syawal untuk tahun ini, begitu juga yang mengadakan majlis perkahwinan. Tidak ketinggalan juga yang mangambil peluang membawa keluarga bercuti.

Saya juga mengambil peluang cuti panjang untuk menjemput beberapa kenalan saya dan suami ke rumah kami. Hanya membuat secara kecil kecilan, itupun keletihan sampai hari ini. Maklumlah saya sorang yang kena buat kebanyakkan kerja terutama bab makanan. Betul betul keletihan, memang patut la ramai yang keberatan untuk mengadakan rumah terbuka kalau tiada yang membantu.



Hari sabtu lepas masa saya dan suami ke pasar mencari bahan bahan untuk majlis rumah terbuka, saya terpandang otak lembu yang dijual di pasar. Dah agak lama juga tak merasa masakan ini, dulu ada juga sekali dua semasa my MIL masih ada. Hanya dia yang pandai masak, masa itu tak berapa ambil peduli sangat. Tapi bila tiba tiba terasa nak makan, mulalah bertanya kesana sini...

Tadi saya call saudara my husband, dia pun tak berapa pasti. Jadi dia hanya memberi bahan asas dan saya olah mengikut naluri saya. Nampak macam okay je....

Jamu mata dulu ye...

Bahan bahan

1 ketul otak lembu - rendam selama 1 jam, buang urat darah pada permukaan otak
2 batang serai *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1/2 sudu kecil jintan manis *
5 ulas bawang kecil/shallots *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci kunyit hidup *
4-5 biji cili padi *
1 keping asam gelugor
Sedikit daun kunyit
1/2 sudu makan cili kering yang telah dikisar
200 ml santan pekat
2 cawan air
Garam dan gula secukupnya

Cara Memasaknya
1. Kisar bahan bertanda * hingga hancur. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama sama dengan santan pekat, cili kisar dan air.
2. Didihkan hingga hampir pecah minyak, kemudian masukkan otak yang telah dipotong kepada 4 bahagian.
3. Biarkan ia mendidih sekali lagi, masukkan daun kunyit dan asam keping. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Matikan api bila otak sudah masak. Hidangkan bersama sama dengan nasi putih hangat.


13 comments :

kasihredha said...

akak pernah try sekali mkn otak lembu ni kat resto padang di surabaya...memang sedap.

dZana said...

aslmkum hazila.. camna agaknya rasa otak lembu eh.. msti lemak2 kan..

hazila said...

KaK Kasih,
memang biasa dijual di restoren minang/padang. Mungkin salah satu menu dari seberang kot.

hazila said...

Kak dzana,
WS kak, memang rasanya lemak lemak gitu. Mula mula dulu rasa semacam je bila nak makan. tapi lama lama rasa sedap la pulak.

Chah said...

owh..sedap ni..makanan limited edition mmg fuhsss... kalau kat pahang glamer masak asam pedas or lemak cili api stail pahang. my MIL selalu masak buh lada hitam. I yang biru mata hitam ku ni vote for asam pedas....memamg terangkat!!

Chik Mimi said...

tak pernah ghase ni kalau husband i tgk sure suruh buat hahahaa

Amie said...

Belum pernah makan otak lembu sebab tgak jumpa, otak kambing pernah makan.... tapi nampak hidangan otak lembu ni menggamit selera ohhh!

damai said...

saya teringat masakan bapa mertua saya... 1st time makan otak lembu.. sedap!

Yatie said...

saya pernah makan yg mak saya masak...dia buat kerutub..sedap gak..
last makan 8 tahun lepas kat sari ratu mengidam ...:)
berapa sekilo dia jual ek?

hazila said...

Yatie,

Saya beli 1 otak dengan harga RM10

Siti Nadira said...

As Salam kak...belum berani lagi sy nak mencuba otak ni...sama x berani nak mencube ceker ayam...

zila norazila said...

macamne erk rasanya,mesti sedapkan..zila x pernah rasa..dan x pernah jumpa pun..jakun nie.:)

MATINA said...


I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC there website is www.ultimatelifeclinic. com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.