Sunday, September 23, 2012

Ikan Kukus Portugis



Salam dan Selamat Petang...

Walaupun dah seminggu Syawal berlalu, masih ada lagi jiran jiran yang mengadakan rumah terbuka. Bagus juga sebab kalau semua orang berlumba lumba nak buat masa weekend dalam bulan Syawal memang tak terkejar la jawabnya. Tapi memang meletihkan bila tak ada pembantu, sampai hari ni badan saya rasa lemah dan kurang selsesa. Rasa macam nak baring je, malas betul nak bergerak.


Hari ni saya cuma buat simple dish untuk makan tengahari, since my husband dah bagitau nak keluar makan malam di luar.

IKAN KUKUS PORTUGIS

Bahan bahan
50 gms cili besar
30 gms bawang merah
10 gms bawang putih
30 gms halia
50 gms taucu
Sedikit air asam
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit kacang bendi
Minyak untuk menumis
1 ekor ikan gerut - siang dan dibersihkan

Cara cara
1. Kisar cili besar, bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus. Pijarkan minyak, tumis bahan dikisar hingga pecah minyak.
2. Perasakan dengan garam, gula dan asam. Biarkan hingga masak, matikan api.
3. Ambil sekeping aluminium foil, lapikkan dengan daun pisang ( saya tak ada stok daun pisang, so gantikan dengan daun kunyit).
4. Letakkan ikan, sapukan seleuruh badan ikan termasuk perut dengan sambal yang telah ditumis tadi. Letakkan kacang bendi yg dipotong di atas ikan. Bungkus/tutup aluminium foil tadi.
5. Kukus lebih kurang 15 minit atau sehingga masak.


Daun Ketumbar,

Ada orang yang tak suka bau daun ketumbar yang agak kuat. Tapi saya memang suka sangat bau daun ketumbar. Saya suka gunakannya dalam kebanyakan masakan saya, mengikut kesesuaian juga.

7 comments :

kasihredha said...

walaupun penat takde pembantu tp hati tenang kan :)
macam2 majlis lepas raya...bukannya majlis open house aje tp ada majlis kawin, bertunang dan org nak gi haji juga :)
ikan tu sedapppppnya

Rohah said...

salam kak Hazila,
kukus-kukus ni memang terpaut selera tekak ni..resepi sihat..

mama sara nur said...

assalam
betul tu w/pun syawal dah berlalu masih ada jemputan tp ada jg wat majlis oh + kenduri doa selamat sblm berangkat ke Mekah

sedap nampak ikan tu..boleh cuba nanti bila beli ikan besar sikit

ibundo said...

bundo juga suka bau daun ketumbar. Harum...
masakan macam ni tak payah makan nasi pun tak apa. ratah saja. tapi kalau meratah tak cukuplah pula sekor kan? hehe..

Chik Mimi said...

dedulu mmg tak suka daun kelkatu tu hahah my husband la kata.la ni mmg sentiasa ada stok dalam fridge

zila norazila said...

sedapnya ikan tue..daun ktumbar mmg fav zila..suka buh byk2..yummy:)

Qasey Honey said...

slm Kak Hazila...lama xsinggah ke sini..

sedap lak nmpk ikan macam jenis gini...nk cuba nti..QH amik yer resepinye...QH pon suka jugak daun ketumbar..sesuaikan dgn jenis masakan yg kita buat tu..