Sunday, September 2, 2012

Jeruk Pedas Buah Sentul @ Stoi



Buah Sentul @ Stoi


Salam di hujung minggu...

Bagaimana agaknya kawan kawan menghabiskan cuti hujung minggu yang agak panjang sempena Hari Kemerdekaan? Mesti sibuk menyusun rumah terbuka yang perlu dihadiri. Saya dan suami pula masih batuk dan selsema yang belum sembuh, dah hampir 2 minggu, dah macam macam ubat yang diambil tapi batuk masih tak mahu hilang.

Jadi mood nak kemana mana pun hilang sebab tension dengan batuk dan hidung yang asyik berair je. Lagipun kalau hujung minggu di bulan Syawal ni kesesakan lalu lintas pun agak kronik sebab ramai orang buat majlis rumah terbuka. Jadi kalau tiada yang penting, lebih baik kami duduk di rumah saja...



Pertama kali saya rasa jeruk pedas buah sentul @ stoi ni masa bulan puasa yang baru lepas. My husband ke sebuah restoren di Shah Alam dan bila balik dia cakap dia belikan something yang saya mesti suka. Ingatkan apa, rupa rupanya jeruk pedas buah sentul. Memang sedap, tak puas makan so saya cakap pada suami saya, esok kalau ada belikan saya lagi. Tapi takde rezeki, sekali tu saja yang dapat dibeli sebab lepas tu memang takda dijual lagi.


So masa kami balik berhari raya ke Perlis, tempat yang tak pernah lepaskan peluang tentunya Padang Besar. Kebetulan nampak orang jual buah sentul ni tapi saiznya agak besar. 3 biji sudah lebih dari sekilo. Saya cuma beli sekilo dan bila balik Shah Alam, kami demam dan saya malas nak buat jeruk. Baru 3 hari lepas saya gagahkan juga membuatnya bila nampak buah dan makin menjadi lembik, takut pulak akhirnya masuk bakul sampah.

Ini pertama kali saya buat Jeruk Pedas Buah Sentul, so rasanya tak dapat menyamai yang saya makan tempohari.


Resepi Jeruk Pedas Buah Sentul ni saya ambil dari blog Kak Hanieliza. Nanti saya akan updatekan resepinya.

Bahan Bahan ( sesuaikan mengikut selera )
Buah Sentul @ Stoi
Garam
Gula
Air
Cili kering yang dimesin

Cara cara
1. Kupas kulit buah sentul, potong kecil, cuci dan toskan.
2.Rendam dalam air garam hingga buah tenggelam selama 1 malam.
3. Toskan hingga kering.
4. Masak air, gula dan cili mesin hingga mendidih, kemudian sejukkan.
5. Masukkan buah yang telah ditoskan tadi dan rendam 1 malam lagi.
6. Boleh dinikmati.


8 comments :

mama sara nur said...

salam aidilfitri
sama la kita batuk dari bln puasa sampai skrg tak baik2 hu hu tp OH tetap kena hadir he he
memang sedap jeruk stoi ni, hari tu masa pokok belakang umah x sempat nk wat jeruk makan camtu je..

zila norazila said...

salam zila
samalah dgn zila batuk x baik2..dari awal pose lg..x tau la knp..ubat batuk dh mcm2 mkn.:)..buah nie memang zila x pernah makan..camnelah rasanya kan..mesti sedap:)

sudipVSsenduk said...

oooo... ni ke buah sentul. Sama besar dgn buah duku ya?

Chik Mimi said...

Selamat menyambut hari raya Aidilfitri maaf zahir n batin zila,sori tak sempat nak reply kat sms ,check punya GPRS problem tak buleh nak bukak ,sedapnya jeruk tu saya tak pernah makan hat pedaih

ummisara said...

aduhhhh sedapnya buah stoi nih...terliur i

kasihredha said...

tengok buah sentul ni automatik...air liur jadi banyak :D

joan said...

Greetings!!
Is Sentul fruit still available from the fruit stand where you bought it? I've been looking for this fruit for a while now to give it to a very special friend as a promise. I've been to Melacca just to look for this fruit but didn't find one.
If I can please ask a favor that if you can get the number of the seller so i can contact them so I can buy sentul. I need to fulfill my promise and that is why I'm desperate to get this fruit..if you can please..thank you

hazila said...

Hi Joan,
I'm sorry I could not be helpful to you since I dont have any contact number of this fruit seller. I bought this fruit during my visit at Malaysian-Thailand border. If I'm not mistaken, this fruits can be find at Kelantan.