Wednesday, September 12, 2012

Vadai


 Salam dan Selamat Pagi semua....


Teruk dapur saya berhabuk ye... Maaf sebab hampir seminggu blog tiada entry baru. Confirm dah jemu asyik tengok rendang ayam tu kan. Masih dengan alasan yang lama dan lapuk tu.... Kalau saya saya cakap saya sibuk, nanti orang lain kata, macam la dia seorang saja yang sibuk. Tapi itulah realiti kehidupan.......

Berbalik pada entry kali ini, saya nak tayang gambar kuih Vadai yang agak terkenal sebagai salah satu "street food" yang agak popular dikalangan masyarakat Malaysia. Walaupun ia "milik" masyarakat India, tetapi ia menjadi kegemaran kaum Melayu dan Cina juga.

Kalau dulu dulu, hanya kaum India yang menjual kuih ini tapi sekarang sudah ramai kaum Melayu yang membuat dan menjualnya.


Saya selalu juga membeli kuih ini, tetapi kebanyakan penjual mengisar kacang dal dan bahan bahan lain hingga semua hancur. Ini menyebabkan hilang keenakan merasai bawang, cili dan daun kari dan kacang dal yang masih berbutir.Sesekali bila tergigit cili dan jintan manis, terasa lagi nikmatnya.....



Agak tricky bila proses mengepal, membulatkan, meleperkan dan menggoreng kuih vadai kerana ia sedikit berderai. Jadi akan ada beberapa biji yang tidak sempurna kejadiannya.




Jemput jamu mata dulu ye....


Bahan-bahan:

250g dhall, rendam selama 6 jam
2-4 bawang kecil, dihiris nipis
2 cm halia, dtumbuk halus
2 cili hijau besar, dihiris mipis
4 cili kering, dihiris nipis
1 tsp jintan manis, ditumbuk kasar
Beberapa helai daun ketumbar, dihiris
Beberapa helau daun kari, dihiris
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Method:
1. Tapiskan dhall, kisar 3/4 dari dhall hingga halus. Jika sukar mengisar dhall tanpa air, masukkan sedikit air. Selepas dikisar, tapis supaya tidak banyak air yang tinggal.
2. Masukkan dhall yang telah dikisar ke dalam mangkuk.
3. Campurkan semua bahan lain ke dalam mangkuk tadi kecuali minyak. Gaul sebati.
4. Panaskan minyak, bentukkan doh tadi menjadi "flat patties" dan goreng hingga menjadi golden brown.
5. Angkat dan toskan.



13 comments :

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

kakakkkkkkkkkkkk rindu ketat2 ni
lamanyer x terjah sini
vadai ni fav taw
pernah buat 2 kali jer
sedapppppppp!!

hazila said...

Ayu,

Amboi amboiiiii mana sudah pigi. Lama tara nampak. Miss you too dear.

Aidah said...

walau makanan jalanan, tapi keenakkanya menarik minat ramai... memang sedap vadae ni..

Gee® said...

Zilaaaaaa... k.gee suka giler vadai... nakkkk!!!!

Chik Mimi said...

sedapnyaaaaa cheq suka suka tapikan bila makan ni molala berangin ja heheheh cantik sungguh vadai tu

Qhaifa Nur said...

buat sendiri puas hati....
sedapnya vadai.....

Ummiakid @ lily said...

suke...suke...suke...mmg best kalau rasa cukup pedas dan rempah...ada umphhh...mcm nak buat tapi sakit M...kalau M maka lapar lah kan...

dZana said...

aslmkum hazila.. fav jugak ni... sedapnya klau dpt mngunyah di minum petang...

kasihredha said...

sedappppnya
biasanya beli je kat kedai mamak

zila norazila said...

x pernah jemu mkn vadey..sedapp..suka buat sendiri:)

Siti Nadira said...

Saya pon suke kalau rase butir kacang tu...jgn terlalu halus..nnt x garing...menggoda sungguh vadai akak dengan bawang n daun kari terkeluar...hehehe

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

kaka nak email...nak letak kat comment na :))

Mummy Ayda said...

sedap nye mummy favorite ni.. nak cuba lah this week end......:-)D