Friday, October 5, 2012

Apam Pisang


Salam,


Siapalah yang buat Apam Pisang tengah tengah malam ni kan......

Bukanlah sebab terlebih rajin atau apa, tapi bosan punya pasal. Habis chanel TV kena tukar, then tengok FB pun tiada yang menarik. Akhirnya berlegar kat dapur nampak pisang emas yang dah hampir kehitaman.

Oh ya, hari ni saya tak masak makan malam, lepas kerja terus pergi makan malam awal di Chinese Muslim Restaurant di Seksyen 13 dengan my husband.  Sebabnya my husband ada perjumpaan dengan kawan kawan sekolah. Biasalah kalau dah berjumpa kawan kawan lama, mulalah tak ingat nak balik kan......

So, isterinya yang kebosanan ni mulalah cari kerja nak buat.


So menu yang paling mudah dan cepat ialah buat Apam Pisang since semua bahannya mudah dan dah ada di rumah.  Saya ambil resepi Apam Pisang dari blog Ros, Jintanmanis.

APAM PISANG

Bahan bahan

1 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik
100 ml minyak sayur
1/4 cawan gula perang
4 biji pisang emas
Secubit garam

Cara cara
1. Kisar pisang hingga hancur. Campur tepung gandum bersama sama dengan serbuk penaik dan soda bikarbonat. Ayak campuran.
2. Masukkan pisang yang telah dikisar ke dalam bekas, masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi.
3. Masukkan telur, minyak sayur, gula perang dan sedikit garam. Gaul rata.
4. Panaskan kukusan, sudukan adunan apam ke dalam bekas, saya gunakan acuan muffin hingga 3/4 penuh.
5. Kukus apam hingga masak.


Apam Pisang yang dihasilkan memang lembut dan gebu. Tak jemu makan apalagi sambil layan tengok movie di TV dan tunggu cik abang pulang..."wink"


9 comments :

Qasey Honey said...

slm kak Hazila..

nmpk sedap apam pisang tu...tp xde ker link resepinye tu..hihi

ibundo said...

rajinnya...
selamat hujung minggu hazila..

Sheila Shafeareen said...

salam selamat behujung minggu hemm cini pun ada apam pisang...x tahan negoknya suka kuih2 yg ada rasa pisang..cantik naknya dan gebus....

izahdaut said...

tengok apam pisang, teringat muffin pisang tak post kat blgo lagi..pun resepi si ros jugak :-)

dZana said...

aslmkum hazila.. klau ada pisang mcm2 boleh buat jika rajin.. klau malas jadi lempeng jer selalu kt rmh akk ni..

Fuat Gencal said...

Ellerinize, emeğinize sağlık. Çok leziz ve iştah açıcı görünüyor.

Saygılar..

zila norazila said...

akk dah lama kita x mkn apam pisang..biasanya beli jew..tp 3 ktul sggit..x puas mkn..nk buat malas nie:)

Kak Nik Ja said...

salam zila...dpt jugak kat situ 3 singgit..kat somban ni rata2 kuih 40sen satu dah..ari tu akak beli apam pisang..pergggh...tepung n soda jek rasenya..!

Rohah said...

kali kedua nampak kuih2 berasaskan pisang, sedap ni kak, saya suka...ada air fanta lagi tu..meriah!1..hehe