Wednesday, October 3, 2012

Gulai Itik & Roti Jala



Salam,

Tiba tiba sehari dua ni saya terlebih rajin pula kan..... Kalau tidak seminggu baru ada 1 entry. Semuanya bergantung pada keaadaan, ada masa tidak sibuk sangat, dan kerajinan pun ada lebih sikit jadi bolehlah letak entry kerap sikit dalam blog ni.

Hari ni saya letak entry Gulai Itik. Kalau nak tahu selama hidup akak yang dah nak masuk separuh abad ni,
 ( ye, saya dah tua), inilah baru pertama kali masak itik. Makan daging itik pun boleh kira dengan jari sebelah tangan je.

  
Jadi kalau orang tanya, bagaimana rasa itik, confirm saya tak boleh nak terangkan dengan terperinci. Kena duduk jauh jauh sikit, takut ada orang tanya.....

Semalam saya beli seekor itik, boleh tahan juga harganya. Tapi sebab nak masak sendiri, saya beli juga. Nanti lepas ni keluar pelbagai resepi berasaskan itik. Lepas tu apalagi, google cari resepi. Nampak resepi gulai itik dalam blog INTAI DAPUR.  Saya salin semula resepi dari blog Liza, tapi saya cuma buat sebahagian kecil saja dari seekor itik.


RESEPI GULAI ITIK SERATI

Bahan bahan
1 ekor itik - potong kecil
Santan pekat dari 2 biji kelapa
2-3 sudu makan kerisik
2 packet rempah kari ayam/daging
2 sudu makan ketumbar biji - goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
1/2 inci lengkuas
1 inci halia
1/2 inci kunyit
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu makan cili kering yang telah dikisar
2 ulas bawang putih
Air asam jawa secukupnya
Garam
Gula kabung
Rempah 4 sekawan - Kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Cara cara
1. Kisar halus halia, bawang merah, bawang putih, kunyit dan lengkuas.
2. Campurkan bahan yang telah dikisar tadi bersama sama dengan rempah kari, ketumbar, cili kisar dan sedikit air.
3. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan. Kemudian masukkan bahan bahan yang telah dicampurkan tadi. Masak hingga pecah minyak.
4.Masukkan air asam jawa dan daging itik yang telah dibersihkan. Masak hingga daging itik empuk.
5. Kemudian masukkan santan dan masak lagi hinga mendidih. Masukkan kerisek, garam dan gula kabung.
6. Renehkan dengan api perlahan hingga hampir pekat.
7. Saya tambahkan ubi kentang dalam gulai itik saya.



Saya masak gulai itik sebagai menu makan malam tadi.

Jadi pagi tadi, bangun buat roti jala untuk dicicah dengan gulai itik sebagai sarapan pagi.



ROTI JALA / ROTI KIRAI

Bahan bahan
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
3 cawan air

Cara cara
1. Campurkan semua bahan, masukkan dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Masukkan dalam botol / acuan roti jala. Panaskan non stick pan, jalakan di atas kuali, biarkan beberapa saat, angkat dan letak di atas pinggan.
3. Gulung atau lipat roti jala.
4. Buat hingga adunan habis.
5. Sedia untuk dinikmati.


Jemput makan....

15 comments :

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum...
wahhh berjala itik pulak ye... :)
sedap ke isi itik? saya tak bape minat nak makan itik.. tapi kalau asben saya mmg sangat2 suka makan itik.. setiap kali balik kg sure abah sembelih itik khas buat asben.. heheheeh..

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam
sedap roti jala , memang feberet jg
cantiklah kirainya tu
gulai itik tak pernah makan, mcm nani jg tp dulu2 kan arwah to bela itik suka kutip telurnya tu he he t tok wat rendang kita makan kuahnya je he he

Marsita Yahya said...

seriously mengancam giler kari ngan roti jala ni...lama tak makan kari itik...bak lah sikit...

zila norazila said...

daging itik mmg sedap,masa sy kecik2 mmg puas mkn ..sbb ayah saya ada bela itik..tp x pernah lawan dgn roti jala..mesti best nie..sbb kuah gulai tue pekat.sedap.

Mamasya said...

Aslmkum Hazila.nampak sedap gulai itik cicah roti jala itu. akk pun tak pernah masak itik sbb org selalu cakap lama nak masak itu yg tak pernah cuba tp di Cairo ni byk yg jual itik...kena cuba juga satu hari nanti..

izahdaut said...

saya suke gulai itik, rendang itik dan apa2 itik.. ada org xmakan itik kan. hehe..sama lak kita kak, roti jala :-)

Chah said...

Wuhhh...saya suka gulai itik...n memakannya akan terasa sgt exclusive gitu...gehehe... Ada org x mkn tu mebi sbb teringat itik gantung kot..tp aiman x kisahhhhh.....:)

Beachlover said...

I'm very impressed with your food photograph,very clean and neat!! not to said you have very nice props!! tambah lagi makan tu nampaknya sedap saja!! tumpang tanya bolehkah? apa erti tu dimayang in english? my bahasa already kaput, dah bagi balik kat cikgu..

ibundo said...

salam ziela. Selama idup bundo tak penah masak gulai itik sebab tak suka makan hehe..
sedap nampak kari tu. Memang sesuai cicah dengan roti jala.

zawani yusoff said...

Rajinnye akak...
Look so delicious :) saye salah setting blog semalam...dah ok dh arini...hihihi

Unknown said...

gulai itik memang sedap.. masa kecik2 dlu arwah ayah saya selalu je sembelih itik serati utk dimasak gulai.. senang dok kampung sebab bole pelihara sendiri itik kat reban belakang rumah. tapi sekarang.. banyak itik beku je.. huhu..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Nyam3.. Sedap nye gulai itik mkn ngn roti jala.. Terima kasih kongsi resepi ni..

Mori Said said...

salam... pernah mencuba sekali makan daging itik...sedapp juga... timakasih kongsi resepi..

Anonymous said...

mcm mana nk wat roti jala cantik macam tuh :D

Arlieeda said...

Gula kabung tu gula Melaka ker? Dan braper byk letak?