Tuesday, October 2, 2012

Masak Lemak Siput Sedut



Salam dan Selamat pagi.

Cepat sungguh masa berlalu..... Sedar tak sedar sudah memasuki bulan oktober. Rasa macam baru saja kita menyambut Aidilfitri, 3 minggu lagi kita akan menyambut Aidil Adha pula. Seronok tengok orang yang berpeluang mengerjakan ibadah haji. Entah bila pula saya berpeluang untuk ke sana....

Okay, berbalik kepada entry hari ni, saya masak siput sedut untuk makan malam tadi. Agak lama juga tidak menyediakannya sendiri di rumah. Bukan apa, malas sungguh nak memotong siput sedut tu satu per satu. Kalau siput tu bersaiz besar senang sikit, kalau kena yang kecil, fuhhhhh berpeluh juga nak habiskan.

Siput sedut masak lemak antara masakan kegemaran suami saya. Dulu dulu saya tidak suka makan sebab tak pandai nak menyedutnya. Semasa mula mencuba dulu, saya gunakan tooth pick untuk mencungkil isi siput. So confirm tak boleh makan di kedai.


SIPUT SEDUT MASAK LEMAK

Bahan bahan
1/2 kilo siput sedut - potong bahagian belakang dan rendam seketika ( saya beli siput yg siap dibersihkan dari lumpur)
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 helai daun kunyit - disiat 
1 labu bawang besar *
2 biji cili merah besar *
5 biji cili padi *
2 cm kunyit *
2 batang serai - ketuk
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa

Cara cara
1. Kisar bahan bertanda * hingga hancur. Masukkan ke dalam periuk bersama sama santan cair.
2. Kemudian masukkan siput sedut dan masak hingga mendidih.
3. Masukkan serai, daun kunyit dan asam gelugor. Biarkan ia mereneh seketika dengan api perlahan.
4. Masukkan garam dan santan pekat, masak sebentar dan kacau sekali sekala supaya santan tidak pecah minyak.
5. Bila sudah mendidih, bolehlah matikan api.

13 comments :

Marsita yahya said...

saya ada sejarah hitam ngan siput sedut...ni..dulu sedut punya sedut sampai tersedak. Sejak tu serik nak makan.

hazila said...

Dulu saya tak makan sebab masa belajar Biologi, cikgu cakap lintah suka jadikan siput sebagai tempat lahirkan anak anaknya. Memang takut habis la.... Lepas tu tengok keluarga saya suka makan, lepas kahwin suami pun suka. So lama lama buat buat lupa je la.

sudipVSsenduk said...

cantik penutup periuk tu, belangnya sama dgn kulit siput.

Kalau makan ni, susah nak berhenti, berhantu sungguh...

hazila said...

Memang betul tu, kalau mak mertua lalu kat belakang pun buat buat tak tahu.....

JaSSNaNi said...

assalamualaikum... salam kenal ye tuan rumah.. :) jalan2 nampak siput sedut ni.. terus singgah.. :) mmg sedap menyedut ni.. makan sambil relaks2 sedut.. sroot srooot... heheheheheh
i follow... :)

SURIA AMANDA said...

Salam,
my fav forever...

Chik Mimi said...

aduh cheq terguda tgk siput cot cot ni tau

Amie said...

Insya-Allah sampai masanya nanti adalah rezekinya ke tanah suci tu Hazila...
tu siput sedut tu cukup menggamit seleraku! Mana nak cari mni hu huhuhuuuu ngences!

Qhaifa Nur said...

baru ni ada masak siput sedut ni...
anak2 paling suka menyedut, kelakar betul...saya dah pandai juga sekarang.....

Cikgu Ma said...

siput sedut yg biasa saya masak lain sket.. =)

Rohah said...

salam kak,
dah lama sangat saya tak meyedut2 isi siput ni..sesungguhnya!!..kalau kita sedut banyak pun asyik rasa tak puas je kan..memang puas diratah je ni..

zila norazila said...

salam kak zila,
family zila x pernah msk siput..tp zila suka mkn..nk siang mmg x reti kak..biasanya beli yg dh siap msk jew..tp dapt sikit jew mkn pun x puas:)sedappnyyaaaa

zawani yusoff said...

Salam kenal sis....Sedapnye lauk tu...pandai Betol akak masak:) hope sudi singgah to my blog..tq:)