Tuesday, May 27, 2014

Lepat Pisang



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tuan rumah kurang sihat sehari dua ini....
Asyik bersin, mungkin dilanda selsema agaknya. Cuaca pula, kadang kala pagi sampai tengahari panas terik dan hujan lebat lewat petang.

Tiba tiba tekak terasa nak makan lepat pisang.....

 


Actually nak beli pisang emas, sebab saya suka pisang emas berbanding pisang yang lain. Tapi tiada stok, cuma ada sejenis pisang yang saya kurang pasti namanya. Rasanya sedikit masam. Memang kurang enak kalau dimakan saja.
 

 LEPAT PISANG

Bahan bahan
10 biji pisang - besar sedikit dari pisang emas
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/3 cawan gula manisan tebu / gula melaka
Sedikit kelapa parut muda yang digaul dengan sedikit garam
Daun pisang yang dilayur dan dipotong kepada saiz yang sesuai

Cara cara
1. Masukkan pisang, tepung gandum, manisan gula dan baking powder ke dalam blender. Kisar hingga sebati.
2. Ambil sehelai daun pisang, Letakkan lebih kurang 2 sudu besar adunan, isikan kelapa parut dan bungkus kemas. Buat hingga selesai.
3. Panaskan kukusan, kukus lepat pisang lebih kurang 8-10 minit. 




2 comments :

Liza said...

liza pun dah lama nk mkn lepat pisang, tp malas melebihi segala2nya...ihihi

Rosdi Eunos said...

yang bestnya, kalau buat sendiri boleh makan berulang ulang...