Wednesday, May 21, 2014

Samosa Daging


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Apa agaknya menu sarapan pagi hari ini ye? Selalunya saya hanya ambil sarapan yang ringkas sebab malas nak buat sarapan yang berat. So cornflakes atau oat menjadi pilihan di pagi hari. Bila sampai tempat kerja, baru cari sarapan yang berat sikit. Sebab kadang kala saya selalu skip lunch, tak tau nak makan apa sebab menu yang sama saja setiap hari.

Semalam saya diberi "kelepasan" untuk tidak memasak untuk makan malam. So fikir apa yang boleh saya buat sementara tunggu my husband sampai rumah. Lama sangat tak buat samosa di rumah, mungkin bertahun lamanya. Nampak sangat pemalas akak ni kan...

Bagus juga buat samosa, boleh buat sarapan esok hari dan bawa bekal ke tempat kerja. Baki boleh simpan dalam tempat sejukbeku, bila rasa nak makan boleh keluarkan dan goreng.



Masa mula mula nak membalut samosa ni memang agak terkial kial juga. Habis berterabur inti samosa..... Nampak sangat tangan kurang berseni, keras kejung kata orang. Tetapi bila sudah beberapa kali mencuba, akhirnya boleh diterima walau tidak sempurna seperti orang yang selalu buat. Itulah kan, kalau tidak mencuba bagaimana kita nak tahu boleh atau tidak. Kalau gagal sekali, cuba lagi....

Bersungguh sungguh akak membalut samosa malam tadi, sambil teman encik suami menonton TV. Lepas bye bye encik suami pergi kerja selepas subuh, barulah saya goreng samosa. Bergegas ambil gambar, so apa yang sempat dicapai sajalah yang menjadi props hari ini.
 

Bahan bahan
(Untuk inti)
2 biji kentang Russet - kupas kulit, potong dadu kecil, cuci dan toskan
200 gms daging lembu kisar
2 sudu besar udang kering
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
3 sudu besar serbuk kari daging
3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak
Kulit popia secukupnya
1 biji putih telur

Cara cara
1. Bawang besar, bawang putih dan udang kering di tumbuk kasar. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah ditumbuk bersama sama daun kari hingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari dan sedikit air dan masak hingga rempah pecah minyak.
3. Masukkan daging kisar dan kentang. Masukkan juga 3 cawan air dan masak sehingga kentang empuk.
4. Perasakan dengan garam dan gula dan masak dengan api perlahan sehingga agak pekat. Matikan api dan biarkan ia sejuk.
5. Ambil sekeping kulit popia, bahagikan kepada 3 bahagian yang sama besar. Sambungkan 2 bahagian dengan putih telur.
6. Bentukkan seperti kon, masukkan inti secukupnya dan lipat supaya menjadi segitiga dan sapukan putih telur di hujung kulit popia dan lekatkan. Buat sehingga selesai.
7. Panaskan minyak, goreng samosa sehingga keperangan, angkat dan toskan.

7 comments :

sudipVSsenduk said...

semalam breakfast samosa, 5biji $2. Cetoet je.

Liza said...

Liza jugak la yg tak lepas2 lg balut samosa ni...last2 bila dh fed up, gulung je, senang citer...hihihi

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Solution utk Kulit popia yg berlambak kt umah ai ni kaka
Blh buat samosa khen
Sedappppp😊

Anonymous said...

liat gambar jadi ngiler nih :D
klo sempat mampir di sini ya
http://www.purwokerto-online.blogspot.com

zila norazila said...

sedapnye lma dh x buat samosa..kecur..

Unknown said...

Waaaa nmpk menyelerakan.....gmbar menarik!.
Klo x keberatan boleh tak nk tahu....jenis camera yg akk guna utk ambil gmbar masak2 ni...& kaedah mcmna yg akk buat/edit sehingga dpt menjadi gmbr yg "hidup"dan cantik...mcm dlm majalah..betul2 rsa teruja dan ingin tahu kak zila

hazila said...

Thanks for the compliments Ainur. Akak gunakan camera Canon 500D + 60mm lens. Then edit guna Lightroom.