Thursday, May 29, 2014

Oats & Cranberries Cookies



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa khabar hari ini?
Memandangkan sekarang musim cuti sekolah, maka ramai yang plan nak bercuti ke tempat tempat menarik hujung minggu ini. Yang penting jaga keselamatan dan berhati hati memandu di jalanraya. Bagi yang bekerja, memang agak lega sikit sebab bila cuti sekolah, automatic jalan akan sedikit lenggang dari biasa.
 

Okay berbalik pada entry hari ini saya sediakan Oats and Cranberries Cookies. Kebetulan stock oats agak banyak di rumah, boleh juga dibuat kudapan sambil menonton TV di rumah atau bekal ke tempat kerja.

Kalau dilihat dari gambar nampak cookies ni seakan akan keras tetapi sebenarnya ia lembut tetapi tidak berderai. Pertama kali buat berdasarkan resepi dibelakang bekas dried cranberries yang saya beli. Ia agak manis pada tekak saya, so next time kena kurangkan penggunaan gula.
 
 Oats & Cranberries Cookies

Bahan bahan
2/3 cawan unsalted butter
2/3 cawan brown sugar
2 biji telur bersaiz besar
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan oats
1 cawan dried cranberries
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan white chocholate chip - saya gantikan dengan chocholate chipp biasa

Cara cara
1. Putar butter dengan gula hingga gebu, masukkan telur dan kacau sebati.
2. Ayak tepung gandum dengan baking powder. Masukkan ke dalam adunan telur tadi. Masukkan juga oats,dried cranberries dan choc chips. Gaul sebati.
3. Panaskan oven pada suhu 160C, lapik dulang pembakar dengan kertas baking.
4. Gunakan sudu atau ice cream scoop, sudukan di atas dulang. Bakar selama 12-15 minit atau sehingga keperangan.
5. Sejukkan sebelum masukkan ke dalam bekas kedap udara.




5 comments :

IdaShazana said...

kak.... gula ni dah dikurangkan atau mmg yang akak kata manis tu?

hazila said...

Gula ni sama macam kat actual recipe dia. Kena kurangkan sikit, sebab akak rasa agak manis.

IdaShazana said...

tq kak. tak sabar nak buat hujung minggu ni

nasa mulia said...

Nampak sedap, wat untuk raya nanti pun boleh gak nie.

aima said...

leh copy ni