Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Chawan Mushi @ Savoury Steamed Egg Custard antara Japanese Food yang agak terkenal. Masih mencuba untuk mendapatkan permukaan custard yang licin. Mungkin sebab saya kukus menggunakan api yang agak besar. Next time kita cuba lagi.
Chawan Mushi
Bahan bahan
2 biji telur
1 1/2 cawan air suam
1/2 sudu teh instant dashi / chicken granules
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh gula
2 sudu teh kicap
Cendawan shiitake - dihiris
Carot - dihiris
Jejari ketam - dihiris
Daun bawang - dihiris
Cara cara
1. Di dalam bekas, campurkan air suam, instant dashi,garam, gula dan kicap. Gaul sebati dan biarkan sejuk sebentar.
2. Pukul ringan telur jangan sampai berbuih. Masukkan ke dalam bekas stok tadi. Kacau sebati dan tapis.
3. Sediakan bekas sesuai, masukkan serba sedikit cendawan, carot, jejari ketam dan dau bawang. Kemudian tuang campuran telur tadi.
4. Panaskan kukusan, tutup bekas berisi campuran telur dengan penutup atau aluminium foil dan kukus anggaran 15 minit atau sehingga campuran telur keras.
1 comment :
lama dah teringin nak buat chawan mushi ni sebab memang suka sangat. tapi asyik tertunda2 je sebab takde bekas yg sesuai nak gunakan utk mengukus...
Post a Comment