Tuesday, November 17, 2015

Sambal Lada Hijau



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Pagi pagi dah tayang gambar sambal...
Ini menu malam tadi. Takde idea nak masak lauk apa. Masing masing kurang selera makan. My husband suruh masak nasi dan goreng telur, alahai tak kan nak makan nasi dengan telur dan kicap saja pulak. Tapi ok juga maklum sekarang kan musim hujan dan banjir.

Cakap pasal banjir, petang semalam Seksyen 13 Shah Alam dilanda banjir kilat. Ada kereta yang tak sempat dialihkan dan ada juga yang tersangkut di kawasan yang agak tinggi kerana jalan keluar dinaiki air. Kawasan yang agak teruk ialah berhampiran stesen bas sementara berdekatan Stadium Shah Alam. Semalam ramai yang keluar melihat air banjir yang bergerak agak laju. Kebanyakan jalan sesak kerana ada jalan yang telah ditutup.

Okay berbalik kepada Sambal lada Hijau kita...



Sambal Lada Hijau
- diambil dari Buku Selera Perdana

Bahan bahan
6 biji cili hijau
10 biji cili padi
1 cawan ikan bilis
8 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
Belacan
Asam jawa / limau kasturi
Minyak untuk menggoreng

Cara cara
1. Goreng ikan bilis sebentar - jangan sampai garing
2. Goreng cili hijau, cili padi, bawang merah dan bawang putih berasingan dan ketepikan.
3. Tumbuk kasar ikan bili dan ketepikan.
4. Tumbuk bahan bahan yang telah digoreng tadi hingga lumat atau separuh kasar. Masukkan belacan dan tumbuk hingga sebati.
5. Masukkan semua bahan yang telah ditumbuk ke dalam bekas. Masukkan air asam jawa atau jus limau kasturi. Gaul sebati.

### Garam tidak dimasukkan kerana ikan bilis sudah masin tetapi jika suka lebih masin boleh tambah garam sesuai rasa.

2 comments :

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

teruk juga banjir kat shah alam ye... memang dah masuk musim dia dah ni.. tiap2 petang hujan...

nampak sedap pulak sambal tu... boleh cuba nanti...

hazila said...

Ya Madiha, memang kebelakangan ni Seksyen 13 selalu dilanda bankir kilat. So kalau musim hujan, jangan la tinggal kenderaan di tempat parking berhadapan Apartment Perdana tu. Menangis nanti...