Saturday, August 30, 2008

Pasta Penne Carbonara With Beef

Semalam pun masih menebal penyakit M, jadi saya masak yg simple jer.

Bahan bahan

Pasta Penne - direbus dan ditoskan
Sedikit daging - dihiris nipis
20 ml krim masakan
1 labu bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
Cendawan shitake - dipotong kecil
Sedikit minyak Zaitun
Garam dan lada sulah
Keju parmesan

Cara cara
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan daging dan biarkan seketika.
  • Masukkan cendawan shitake dan krim, gaul sebati. Masukkan pasta penne dan kacau lagi.
  • Perasakan dengan garam dan lada sulah.
  • Semasa menghidang, kalau suka parutkan keju parmesan ke atas dan sedap dinikmati panas.

Friday, August 29, 2008

French Toast

Semalam tak masak dinner, sebab rasa malas yg teramat sangat. Lagipun dah buntu fikir apa yg nak dimasak sebab balik balik masak benda yg sama cuma berbeza rasa jer. ( TAPI the main reason ialah MALAS SANGAT). So saya beli makanan yg dah siap masak, ala sesekali takpe kan.... So pagi tadi buat French Toast untuk breakfast.

Thursday, August 28, 2008

Sotong Masak Hitam

Lama dulu pernah masak sotong masak hitam ni, tapi masa tu guna dakwat sotong yg hitam tu. Tapi kali ni tak guna, tapi sebab warnanya dah hitam, kita boh jer sotong masak hitam.

Bahan bahan

200 gms sotong ( lebih kurang )
2 cm halia - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk
2 sudu makan kicap pekat
3 biji buah tomato petit/kecil
3 biji cili merah - dibelah 2
Garam
Asam keping
Sedikit air

Cara cara
  • Sotong dibersihkan dan ditos. Tumis bawang putih,bawang besar dan halia. Masukkan sotong.
  • Masukkan sedikit air, kemudian masukkan kicap dan lada hitam. Gaul sebati.
  • Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam. Kemudian masukkan cili merah dan buah tomato.
  • Biarkan seketika ata sehingga sotong masak.

Ikan Masak Lemak

Dah lama tak masak ikan kat rumah ni. Jadi semalam teringin nak masak lemak ikan, tengok ada ikan sikit. Itupun ikan kembung yg kecil kecil jer, cukuplah utk lepaskan rasa gian tu. Tapi saya masak cara saya yg sempoi jer lah.....

Bahan bahan

4 ekor ikan kembung ( saiz kecil )
150 ml santan pekat
1 gelas air
2 cm kunyit hidup
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 biji cili merah
4 biji cili padi
Garam
1 batang serai - diketuk

Cara cara
  • Kisar bawang putih,bawang merah,cili merah,cili padi dan kunyit hidup.
  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali garam.
  • Didihkan menggunakan api perlahan supaya santan tidak pecah minyak.
  • Perasakan dengan garam/bahan perasa dan biarkan sehingga masak. Tutup api dan siap utk dihidangkan.

Wednesday, August 27, 2008

Epal Goreng


Hari tu masa pergi Tesco, beli satu beg plastik bual epal hijau. Punyalah tamak macam boleh habis semua. So sekarang pening kepala macam mana nak habiskan semua epal tu. Macam macam dah buat, apple pie, jus epal, makan saja dan semalam terfikir nak goreng pulak. Rasanya ok juga cuma agak masam sikit sebab ianya epal hijau, mungkin next time boleh tukar epal merah pulak.
Bahan bahan
2 biji epal hijau - dikupas kulit dan dibuang empulurnya
Tepung beras
Sedikit serbuk kayu manis
1 sudu makan gula
Sedikit garam
Sedikit air
Cara cara
  • Epal dicuci dan ditoskan. Bancuh semua bahan kecuali epal, seperti batter/bancuhan untuk menggoreng pisang.
  • Gorenglah seperti menggoreng pisang/ubi. Sedap dinikmati semasa panas, kalau dah sejuk, kureng sikit.

Paprik Udang

Semalam masak paprik udang, sebab nak habiskan stok udang. Rasanya masakannya lebih kurang paprik ayam atau daging. Tapi saya tulis juga cara saya memasaknya.

Bahan bahan

200 gms udang (lebih kurang) - dicuci dan ditos.
1 batang serai - diketuk
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1 ulas bawang besar - dipotong bulat
2 cm halia - dihiris nipis
2 helai daun limau purut
4 biji cili padi - diketuk
Sedikit Carot
Sedikit Kacang panjang
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos cili
Sedikit air
Garam/Gula

Cara cara
  • Tumis bawang putih,bawang besar, serai,halia, cili padi dan daun limau purut.
  • Masukkan udang dan goreng sebentar. Masukkan sedikit air, sos tiram, sos cili dan kicap pekat. Gaul sekata.
  • Masukkan bahan perasa/garam secukupnya dan biarkan seketika.
  • Setelah hampir masak, masukkan carot dan kacang panjang. Gaul lagi, biar seketika dan bolehlah ditutup api.

Tuesday, August 26, 2008

Kelakar & Geram

Saje jer nak bercerita, kebetulan hari ni free sikit. Ada satu hari Ahad tu saya melalui satu tol, kebetulan ada sebuah kereta kat depan dan sama sama nak masuk lorong Touch & Go. So bila dia sampai kat booth tu, dia keluarkan duit RM 10 dan hulurkan kat kaunter. Kemudian saya nampak dia turun dan berpaling ke arah saya dan selambanya dia cakap " takde orang la kat kaunter ni, boleh undur kereta tak?"
Dalam hati geram juga, nasib nasib baik takde kereta kat belakang. Entahlah, samada dia tak perasan atau tengah melayan perasaan. Tapi yg pasti muka mamat tu selamba jer........

Award dari Hana

Dapat Award dari Hana. Friendship Award, moga persahabatan berkekalan walau tak pernah bersua.

Kena Tag

Kena Tag dek Hana nun jauh di Jepang.

SQUEEZE THE TOOTHPASTE

Simply, It's about where you squeeze the toothpaste.
Rules - Just answer the questions below and post in on your blogs.
And of course, you have to tag at least one person, the more the merrier..

Question 1 :Which Squeezer are you?please select one of the following and let's see how the statistic is :-

A - Top-squeezer (squeeze from the top part)
B - Middle-squeezer (squeeze from the middle)
C - Bottom-Squeezer (squeeze from the bottom)
D - Random squeezer (squeeze anywhere you can get your fingers on)

My answer: Most of the time D

Question 2 :Explain your answer in Question 1 or whatever you want to say about it

Normally masa tu tengah cuci muka, so mata tertutup, jadi tangan meraba berus dan toothpaste. Picit je lah kat mana yg sempat.

Question 3 : who you want to tag
Takde lah kot....

Peach and Choco Puff

Resepi ambil dari Yani@MyR. Tapi kat rumah takde hirisan badam, jadi guna apa yg ada je lah.
Sedap dan senang membuatnya.

Bahan-bahan ( 8 biji )

8 keping puff pastry
buah peach secukupnya(dlm tin)
chocolate chips secukupnya
1/2 biji telur
almonds sliced secukupnya ( saya tak letak sebab takde stok)

Cara-cara
  • Bawa keluar buah peach dr tin. Lap buah peach dgn kitchen paper. Kemudian potong dadu peach tersebut.
  • Letakkan peach yg telah dipotong dadu tadi dan chocolate chips ke atas puff pastry.
  • Sapukan telur di bahagian tepi puff. Lipat biar jadi bentuk segitiga. Tekan bahagian tepi dgn garfu.
  • Sapukan telur pada permukaan puff yg dah siap. Taburkan almonds sclied ke atasnya. Bakar dalam suhu 180C selama 25-30 minit.

Daging Goreng Halia

Dah tak tau nak masak apa, jadi terfikir masakan yg mudah saje.

Bahan bahan

300 gms daging - di hiris
3 cm halia - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 biji bawang besar - dipotong bulat
Sedikit capsicum merah dan hijau - dipotong memanjang
Garam
Asam keping
Serbuk kunyit

Cara - Cara

  • Cuci daging dan toskan. Masukkan,serbuk kunyit,halia dan bawang putih yg telah ditumbuk ke dalam bekas daging, gaul sebati dan perapkan lebih kurang 30 minit.
  • Pijarkan minyak, goreng daging hingga garing / masak.
  • Masukkan bawang, capsicum dan asam keping. Gaul sekata dan perasakan.
  • Siap untuk dinikmati.

Cendawan Sayur Campur


Sayur ni sedap kalau makan cam gitu jer. Nak masak pun senang sebab bergantung pada apa yg ada kat dapur.
Bahan bahan
Cendawan tiram
Carot
Jagung muda
Capsicum
Bawang besar
Bawang putih
Udang
Sos tiram
Garam
Tepung ubi dicampur sedikit air
Air
Cara-Cara
  • Udang dibersihkan dan ditos. Ketepikan. Bawang besar dipotong bulat, bawang putih dihiris halus dan sayur sayuran lain dipotong saiz yg sesuai.
  • Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu. Masukkan udang dan goreng sebentar.
  • Masukkan semua sayuran, gaul sebati, kalau perlu masukkan sedikit saja air. Masukkan sos tiram, gaul dan perasakan.
  • Tuang larutan tepung ubi dan gaul sekata. Tutup api dan boleh dihidangkan.

Monday, August 25, 2008

Agar Agar Strawberry

Semalam duduk rumah sorang sorang, teringin nak masak agar agar tapi tak tau nak buat agar agar apa. Masa buka peti ais ternampak strawberry emulco, saya pernah ternampak resepi ni dalam majalah. Apalagi, selongkar ler majalah nak cari resepi ni. Nasib baik tak perlu ambil masa yg lama nak cari, kalau tak tahun bila baru boleh buat.

Bahan bahan ( Sesuai utk 2 org )

5 gms serbuk agar agar
200 ml air
200 ml susu segar
Beberapa titis pewana pink
1 sudu kecil strawberry emulco
1/2 cawan gula ( measuring cup ) - boleh kurangkan sedikit kerana agak manis.

Cara cara
  • Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan juga serbuk agar agar. Biarkan seketikan.
  • Panaskan air dan serbuk agar agar tadi sehingga mendidih, kemudian masukkan gula.
  • Kacau biar gula dan serbuk agar agar larut, kemudian masukkan susu segar, pewarna pink dan strawberry emulco.
  • Kacau lagi supaya larutan sebati, biarkan ia mendidih seketika dan tutup api.
  • Tuang larutan ke dalam acuan yg sesuai dan biarkan ia sejuk. Lebih enak kalau disimpan di dalam peti sejuk sebelum dihidang.

Black Pepper Chicken

Cara yg sama utk masak black pepper beef, cuma tukar ngan ayam jer. Kalau malas lagi boleh beli perencah yg dah siap, lagi senang.

Bahan bahan

300 gms daging ayam dipotong kecil ( berat ni agak agak jer )
2 cm halia - dihiris nipis
3 sudu makan lada hitam - ditumbuk ( bergantung kepada citarasa masing masing)
1 labu bawang besar - dipotong bulat
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 sudu makan sos tiram
Garam
Sedikit air
Sedikit capsicum merah,hijau dan kuning
Sedikit tepung ubi yg dicampurkan sedikit air

Cara cara
  • Tumis bawang putih dan halia hingga wangi, masukkan ayam dan goreng hingga separuh masak.
  • Masukkan sedikit air, lada hitam dan sos tiram. Gaul sekata. Kemudian masukkan bawang besar dan capsicum.
  • Gaul rata dan kalau perlu masukkan bahan perasa. Setelah masak, masukkan sedikit larutan tepung ubi. Kacau dan bolehlah ditutup api.

Gulai Ikan Kering

Masa ambil gambar ni, baru lepas masak. Kat gambar boleh nampak asap lagi. Biasanya kalau masak gulai/kari ikan kering, saya gunakan rempah kari ikan kering bukannya rempah kari ikan. Pernah sekali tu, saya bantai guna rempah kari ikan, boleh rasa kelainannya. Maklumlah selalu sangat masak kari.

Baked Cheese Cake

Dah 2,3 kali cuba buat cheese cake, tapi nampaknya tangan tak berapa sesuai agaknya. Tak gebu dan kat bawah tu macam lembab sikit. Tapi cam biasalah mesti buat sikit dulu untuk testing.

Thursday, August 21, 2008

Peach Jelly

Resepi ni saya jumpa dalam Suratkhabar, cuma tak ingat bila. Kalau tak silap, resepi untuk kanak kanak kerana ia menggunakan susu tepung khusus untuk baby. Tapi saya dah ubahsuaikan resepi mengikut kesesuaian.

Bahan bahan

6 kepingan peach ( yg dalam tin bersama syrup )
130 ml syrup dari tin yg sama
Gula
300 ml susu segar
5 gms serbuk agar agar

Cara cara
  • Peach dipotong dadu dan ketepikan.
  • Masukkan serbuk agar agar ke dalam syrup dan biarkan ia larut seketika.
  • Masukkan susu segar ke dalam periuk bersama sama dengan campuran syrup dan serbuk agar agar tadi.
  • Didihkan dan rasa manisnya, kalau perlu boleh masukkan gula mengikut tahap kemanisan yg disukai. Kacau sebentar biar gula larut.
  • Tutup api dan masukkan buah peach yg telah dipotong dadu. Gaul biar sekata.
  • Tuangkan ke dalam bekas yg sesuai dan bolehlah dihias mengikt kreativiti masing masing.
  • Enak dinikmati jika disejukkan terlebih dahulu.

Bilis Goreng Bersama Cili Hijau

Saya terjumpa resepi ni dalam buku masakan, tapi dah lama juga. Sebabkan tema dinner malam tadi adalah "SIMPLE", jadi saya pun cuba masak. Memang senang dan yg paling penting sedap juga kat tekak ni.

Bahan bahan

Segenggam ikan bilis
1 labu bawang besar
3 biji cili hijau
Bahan perasa

Cara cara
  • Ikan bilis digoreng dan ketepikan.
  • Hiris nipis bawang besar dan cili hijau. Tumiskan bawang dan cili hijau hingga layu.
  • Masukkan ikan bilis yg telah digoreng tadi. Gaul biar sekata.
  • Kalau perlu masukkan bahan perasa. Sedap dimakan panas panas.

Udang Goreng Kunyit

Sepanjang minggu ni memang agak sibuk sikit, kadang kala bila sampai rumah dah keletihan. Nak masak pun rasa cam malas sangat. Kalau boleh bila sampai rumah tu nak cari bantal jer. Tapi macam manapun kena masak juga walaupun yg se simple mungkin. Untuk dinner semalam masak yg senang dan tak byk kerenah sgt, yelah tak kan asyik nak masak yg berlemak jer.

Tuesday, August 19, 2008

Chiffon Pandan


Alahai, hari ni dari pagi sibuk jer, baru sekarang ada kesempatan nak letak entry. Sebenarnya dah lama teringin nak cuba buat kek chiffon pandan, so semalam cuba buat, tapi alahai tak gebu cam yg jual kat Giant tu.... tapi bolehlah nak makan sendiri dan paksa kawan kawan makan. Tapi biasalah buat dalam acuan yg kecik jer....

Monday, August 18, 2008

The World Best Kept Auto Secret

Saje je nak kongsi dengan pengunjung blog ni, saya dapat email dari kawan. Memang betul pun, dah berapa lama memandu tapi tak pernah notice pasal benda ni. So lepas baca ni, bolehlah check kereta masing masing. Saya pun belum check lagi sebab kat luar tu hujan lebat.

The Worlds Best Kept Auto Secret
I have been driving (legally) for two decades. One would think I would have noticed the little secret on my dash that was staring me right in the face the whole time. I didn't and I bet you probably haven't either.

Quick question, what side of your car is your gas tank? If you are anything like me, you probably can't remember right away. My solution is to uncomfortably stick my head out the window, strain my neck and look. If you don't do this in your own car you definetly have done it in a borrowed or rental car. Well ladies and gentlemen, I'm going to share with you my little secret so you will no longer look like Ace Ventura on your way to the gas station or put your neck at risk of uncomfort or injury. If you look at your gas guage, you will see a small icon of a gas pump. The handle of the gas pump will extend out on either the left or right side of the pump. If your tank is on the left, the handle will be on the left. If your tank is on the right, the handle will be on the right (see photo above). It is that simple! I don't know how you feel right now but when I found out this morning I felt cheated! Why don't the dealers share such importnant information with car buyers? I don't understand why this isn't in the drivers manual? I don't get why any mechanic I have ever been too or know has even thought of mentioning this to me? The only possible explantion can be that all these people probably don't even know! Go out and share the worlds best kept auto secret with your friends as this is information is way too important to be kept secret.

Apple Pie

Masa belek peti ais nampak balance instant puff pastri lebihan buat sardines puff. Kalau dibiarkan lama lama nanti pasti masuk tong sampah. Tengok ada apple hijau 2 biji, terfikir nak buat apple pie tapi takde resepi. Camne ni..... lastly main agak agak jer. Not bad lah utk orang yg tak pernah buat dan tak ikut resepi.

Bahan bahan

3 keping instant puff pastri ( Jenama KAWAN )
2 biji apple hijau
3 sudu besar gula ( kalau tak suka manis boleh kurangkan )
1 sudu teh serbuk kayu manis

Cara cara
  • Kupas apple dan potong kiub. Taburkan gula dan serbuk kayu manis, kemudian gaulkan supaya sebati.
  • Masukkan ke dalam microwave, panaskan pada HIGH selama 2 minit atau sehingga apple menjadi lembut. Keluarkan dan tos apple.
  • Ambil sekeping puff pastry dan leperkan menggunakan rolling pin. Kerat kepada 2 bahagian. Satu bahagian di kelar dan letakkan apple tadi ke atasnya.
  • Ambil bahagian yg dikelar, letakkan ke atas bahagian yg telah diletakkan apple. Kemaskan bahagian tepi dan tekan dengan menggunakan garfu. Sapukan kuning telur di atas permukaan pai tadi.
  • Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 20 min pada suhu 160C atau sehingga warna pie keperangan/masak.
  • Sedap dimakan panas panas atau dimakan bersama ais krim.

Sup Sayur Dengan Rangka Ayam

Masabeli rangka ayam ni, plan nak masak sup utk buat soto, tapi my husband takde kat rumah coz kena kerja. Dia keluar pukul 7 am dan sampai rumah pukul 7 pm. Malas pulak nak masak, jadi buat sup sayur + rangka ayam. Dah... makan tu jer utk lunch sengsorang kat rumah.

Pajeri Nenas

Hari tu beli nenas sebiji sebab teringin nak makan ngan sambal kicap, tapi tak habis, ada separuh lagi. Mula mula plan nak masak lemak ikan masin dengan nenas tapi ada orang tak suka pulak, jadi tukar plan masak pajeri nenas. Tapi ni memang try and error punya. Main agak agak jer tapi ok lah not bad juga rasanya.

Kari Ketam Lagi

Dah beberapa hari my husband request nak makan kari ketam, tapi last week memang saya sibuk sangat sampai tak masak langsung, jadi semalam pergi pasar cari ketam. Tapi mungkin bukan musim ketam agaknya, cuma dapat yg kecil kecil saja. Tapi bolehlah daripada takde langsung.

Bihun Goreng

Saturday's dinner, kami cuma makan bihun goreng since my husband tak nak makan nasi. Senang juga, kalau tak mesti kena perah otak juga fikir apa yg perlu dimasak. Tapi biasalah, bab sayur tu mesti masuk last, sebab ada orang tak suka byk sampah dalam bihun goreng.

Saturday, August 16, 2008

Award lagi dan lagi

Dapat award lagi dari Che'Iza, terima kasih bebanyak ler... Ni kena tempah baju kat Jovian Mandagie ( betul ke eja nama mamat ni ). Baru gah cam Linda Onn nak usung award kan kan....

Award lagi

Award dari Aziemas, thanks a lot. Syok apa kalau boleh hug bear yg lembut dan gebu ni. Semoga persahabatan berpanjangan walaupun sekadar di alam maya. Siapa tau nanti boleh bertemu muka.

Sepit Biru Goreng Berlada

Sebenarnya saya masak udang galah goreng berlada, saje je letak nama bagi nampak cam bagus jer. Ini jer yg ada dalam esbok, esok baru fikir nak beli stok barang basah, itupun kalau rajin.

Pekasam Goreng

Dah beberapa hari tak masak, memang sejak dua tiga hari lepas teramat sibuk dengan kerja. Sampai rumah dah pukul 10.30 malam, apa yg teringat cuma nak cari bantal dan zzzzzzzzzzz.....
Jadi barang basah tak banyak stok, jadi semalam masak yg senang jer.

Wednesday, August 13, 2008

Kek Chiffon Pisang & Oren

Resepi dari Majalah Saji. Rasanya lain sedikit dari kek pisang yg biasa dibuat.

Bahan bahan

2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan gula castor
1 sudu kecil garam
5 biji kuning telur
5 biji putih telur
1/2 sudu besar krim of tar tar
1/2 cawan minyak jagung
Jus oren dari 1 biji
3 sudu parutan kulit oren
3 biji pisang berangan yg masak

Cara cara
  • Panaskan ketuhar pada suhu 175C.
  • Campurkan semua bahan kering di dalam satu bekas dan gaul rata menggunakan senduk kayu.
  • Masukkan kuning telur, minyak jagung, jus oren dan parutan kulit oren serta pisang yg telah dilenyek. Gaul hingga sebati.
  • Dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur bersama krim of tartar sehingga kembang dan putih.
  • Masukkan putih telur ke dalam adunan dan kaup balik adunan tetapi jgn terlalu lama.
  • Tuang adunan ke dalam loyang pembakar dan masak selama 45 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan pada suhu bilik dan keluarkan daripada acuan. Boleh ditaburkan icing sugar jika suka.

Tuesday, August 12, 2008

Sardines Puff

Tengok ramai kengkawan bloggers buat puff guna instant puff jadi saya pun nak mencuba gak. Alhamdulillah menjadi dan memang senang sangat.

Tomato Salsa

Mula mula ingat nak buat tortilla untuk makan ngan tomato salsa ni, tapi sebabkan dah lewat sangat jadi makan ngan nasi jer.

Bahan bahan

2 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji jalapeno/ 1/2 capsicum hijau - dipotong dadu
1/2 capsicum merah - dipotong dadu
1/2 cawan chopped cilantro / daun ketumbar
1/2 sudu teh garam/ secukup rasa
Sedikit lada sulah
Sedikit perahan lemon

Cara cara
  • Satukan semua bahan yg telah dipotong dadu bersama daun ketumbar.
  • Perasakan dengan garam, lada sulah dan perahan lemon.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidang.

Bawal Goreng Air Asam

Jangan ditanya resepinya, sebab memang main hantam saja apa yg ada kat dapur. Sampai rumah dah dekat pukul lapan malam. Jadi apa yg senang je lah.

Award 2

Award dari Kak Jun, thanks a lot Sis. Nanti nak tengok kat sape nak pass pulak. Tapi sekarang ni sibuk sikit dari semalam. So sekarang saya nak pas pulak kat :-

Hana ( hanamemories )
Eiba ( myeibalives )

Monday, August 11, 2008

Mee Kari

Semalam, projek buat mee kari yg tertangguh since last week. Since my husband not around yesterday, sempatlah siapkan projek ni. So lunch semalam hanya makan mee kari.

Bahan bahan

1 paket mee kuning ( Kalau rajin boleh buat mee sendiri)
625 ml air rebusan ayam
500 ml santan
1 paket rempah kari daging
Daun Kari
30 sen taugeh - dicelur
1 pokok sawi - dicelur
100 gms daging ayam
5 ekor udang - direbus
100 gms isi kerang
3 biji bebola ikan
1 fishcake
3 bji tauhu goreng
Garam dan bahan perasa secukupnya

Bahan Kisar

1 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 batang serai
1 biji buah keras
30 gms udang kering

Cara cara
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun kari, rempah, dan cili kisar hingga pecah minyak.
  • Masukkan air rebusan, santan,garam dan bahan perasa. Masak hingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat.
  • Masukkan daging ayam,udang kerang, bebola ikan, fishcake dan tauhu goreng ke dalam kuah kari tadi. Kacau rata.
  • Semasa menghidang bolehlah diletak sawi dan taugeh yg telah dicelur di atas mee dan tuangkan kuahnya.

Saturday, August 9, 2008

Durian Hazelnut Muffin

Minggu ni dah 2 kali buat muffin, tapi kali ni sebab nak habiskan stok durian dalam peti ais. Resepi ambil dari Mat Gebu@MyR. Masa bakar muffin ni, bau durian tu semerbak satu rumah.

Bahan-bahan ( 10 - 12 biji )

125 g mentega
100 g gula halus
2 biji telur gred A + 1 kuning telur
130 g tepung gandum*
3/4 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan diayak)
20 ml susu segar
70 g isi durian
30 g hazelnut, dicincang kasar

Cara-cara
  • Pukul mentega, gula dan telur hingga kembang dan gula hancur. Masukkan isi durian dan terus memukul hingga sebati.
  • Masukkan tepung berselang seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.
  • Masukkan cincangan hazelnut, dan gaul rata menggunakan spatula. Boleh juga diganti dgn walnut, badam atau tak payah letak kalau tak nak.
  • Isi dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn sebiji hazelnut. Banyak atau sikit bilangan muffin bergantung pada saiz muffin cup masing2.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C, selama 25 minit. Sejukkan atas redai.

Udang Assam


Bahan bahan

2 ekor udang bersaiz besar - dicuci dan ditoskan
50 ml air asam jawa pekat
2 cm halia - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 ulas bawang merah - ditumbuk
1 batang serai - ditumbuk
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cili kisar
1 sudu teh gula
Garam

Cara cara
  • Masukkan semua bahan ke dalam bekas yg berisi udang tadi kecuali garam. Gaulkan semua bahan hingga sebati dengan udang. Perap selama lebih kurang 1/2 jam.
  • Panaskan minyak, asingkan udang dari campuran bahan perap. Tumiskan bahan perap hingga pecah minyak.
  • Masukkan udang dan balik balikkan udang supaya bercampur dengan bahan tumisan tadi.
  • Perasakan dengan garam kalau belum cukup masinnya. Masak seketika dan jgn terlalu lama.

Friday, August 8, 2008

Cekodok Durian

2 hari lepas, ada kawan bagi durian 5 biji. Alahai camne nak buat ni. Bagi pada staff tapi masih ada 2 biji yg tinggal. Jadi kena bawa balik rumah juga, fikir fikir baik keluarkan isi dan simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam freezer. Pagi tadi teringat nak buat cekodok, jadi saya letak 1 ulas durian. Tapi alahai, cekodok ku gelap gulita lah pulak. Makan je lah.....

Gulai Daging Tetel


Hari ni betul betul sibuk dari pagi lagi. Sekarang baru ada masa nak jengok blog sendiri.
Semalam tak masak byk cuma buat gulai daging tetel ni utk my husband.

Thursday, August 7, 2008

Roti Bijirin

Bahan bahan

200 gms tepung roti
25 gms tepung superfine
5 gms garam
1 sudu makan yis segera
50 ml fresh cream/whipping cream
15 gms biji labu
15 gms biji bunga matahari
100 ml air (lebih kurang)
Sedikit bijan
2 sudu makan minyak sayuran

Cara cara
  1. Bancuh yis segera dengan sedikit gula dan air suam. Biarkan seketika hingga yis berbuih.
  2. Masukkan semua bahan kecuali bijan ke dalam Breadmaker dan tekan setting doh. Tunggu hingga doh siap dan keluarkan adunan dan letak di dalam bekas lain.
  3. Tumbuk doh utk membuang angin. Uli sedikit dan masukkan ke dalam loaf pan.
  4. Taburkan bijan di atas permukaan adunan dan biarkan doh naik lebih kurang 45 min ~ 1 jam.
  5. Bakar di dalam Oven pada suhu 180 darjah celcius selama lebi kurang 3 minit atau sehingga permukaan roti bewarna keperangan.

Udang Goreng Pedas Berserai


Bahan bahan
400 gms udang yg sederhana besar - dicuci dan toskan
2 cm halia - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris
1 labu bawang besar - dimayang
1 asam keping
2 sudu makan cili kisar
Garam dan gula
Sedikit air
Cara cara
  • Gaul udang dengan sedikit kunyit dan garam.Goreng udang seketika dan ketepikan.
  • Kurangkan minyak di dalam kuali, tumis halia,serai,bawang putih dan bawang besar. Masukkan cili kisar, gaul sekata dan masukkan sedikit air.
  • Masak hingga pecah minyak, masukkan asam keping dan perasakan dengan garam dan gula.
  • Kemudian masukkan udang yg telah digoreng tadi. Gaul sebentar dan bolehlah diangkat.

Sotong Cili Kering

Bahan bahan

300 gms sotong sederhana besar - dibuang kulit,dicuci dan ditoskan
2 cm halia - dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1 ulas bawang besar- dimayang
4 tangkai cili kering - dipotong menyerong
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos tiram
Garam dan gula
Minyak bijan utk menumis

Cara cara
  • Panaskan minyak bijan, tumiskan halia, bawang putih,bawang besar dan cili kering hingga naik bau.
  • Masukkan kicap pekat, kicap cair dan sos tiram. Gaul sebati.
  • Kemudian masukkan sotong, gaul sebentar dan perasakan.
  • Masak seketika, jangan terlalu lama kerana akan membuatkan sotong menjadi liat.
  • Setelah masak, tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Wednesday, August 6, 2008

Lemon,Almond and Blueberry Muffin


Bahan bahan
250 gms tepung naik sendiri
85 gms castor sugar
4 sudu makan minyak sayur
1 biji telur Grade A
Parutan kulit lemon dari 1 biji
2 sudu makan perahan lemon
50 gms almond - dikisar kasar
280 ml susu segar
150 gms blueberry
Cara cara
  • Gaulkan tepung, gula dan parutan kulit lemon.
  • Pukul telur sedikit, masukkan dalam adunan diatas. Masukkan minyak, susu segar dan perahan lemon ke dalam adunan tadi.
  • Gaul sedikit, kemudian masukkan almond dan blueberry.
  • Gaul sekata tetapi jangan over mixed.
  • Sudukan kedalam muffin cup dan bakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 20 minit pada suhu 160 darjah celcius.
  • Adunan ini menghasilkan 12 biji muffin.

Sambal Cencaluk

Uihhh.... sedapnya makan sambal cencaluk dengan nasi panas.

Ikan Goreng Bersama Taucu

Ikan kurau ni tinggal sekeping je dalam esbok. Dah lama juga, tak tau nak masak apa. Fikir punya fikir, teringat nak masak taucu.

Bahan bahan

1 keping ikan kurau
2 cm halia - dihiris nipis
1 biji cili hijau - dipotong nipis
1 biji cili merah - dipotong nipis
2 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang merah - dimayang
2 sudu makan taucu
Sedikit air
Daun sup utk hiasan

Cara cara
  • Ikan kurau dicuci dan ditoskan. Gaulkan dengan kunyit dan digoreng hingga garing. Ketepikan.
  • Tumis halia, bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Kemudian masukkan cili hijau dan merah.
  • Masukkan taucu dan sedikit air, kalau suka berkuah, boleh lebihkan air. Renehkan buat seketika. Taucu ni agak masin, jadi masukkan sedikit demi sedikit.
  • Setelah mendidih, masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Kaup balik dan bolehlah dimatikan api.
  • Kalau suka boleh ditabur dengan daun sup kalau suka.

Kari Ayam Pekat

Kalau ikut resepi, namanya Ayam Masak Merah, tapi bila dah masak, cam kari pun ada, cuma kuahnya pekat dan kering. Bolehlah tu.......

Bahan bahan

300 gms ayam - dipotong kecil
1 tangkai daun kari
2 sudu makan rempah masak merah ( saya beli cap Che "O")
1 sudu makan cili kering kisar
2 cm halia
2 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang merah - dimayang
1 keping asam
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
Beberapa biji bunga cengkih
50 ml santan pekat
Sedikit air
Garam dan gula

Cara cara
  • Halia, bawang putih dan bawang merah dibahagi 2 bahagian.
  • Satu bahagian dikisar halus dan campurkan dengan rempah masak merah dan cili kering kisar/boh. Satu bahagian lagi untuk menumis.
  • Tumiskan halia, bawang merah, putih, bunga lawang, cengkih dan kayu manis hingga naik bau. Masukkan campuran yg diatas dan masak hingga pecah minyak. Masukkan daun kari.
  • Kemudian masukkan ayam. Gaul sebati dan biarkan seketika. Masukkan santan dan air separas ayam sahaja. Biarkan ia mereneh seketika.
  • Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga ayam empuk dan kuahnya agak pekat.

Tuesday, August 5, 2008

Daging Berempah

Resepi ambil dari rumah Che'Iza. Ingatkan ambil masa yg lama nak memasaknya, tapi sempat juga saya buat utk dinner semalam. Sedap dan sesuai juga kalau makan dengan nasi impit.

Bahan - Bahan

Bahan A
1/2 kg daging
1 inci lengkuas diketuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1/2 inci halia ditumbuk

Bahan B
*3 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1/2 inci kunyit
*2 sb campuran ketumbar, jintan putih dan manis
*1 batang serai
*5 batang lada merah (lada hidup)
2 sb cili boh
2 sb sos tomato/cili
Sedikit garam n gula
perasa kalau suka.

Cara-cara
  • Rebus daging dgn semua bahan A hingga daging empuk. Ketepikan daging dan biarkan sejuk sebelum dihiris.
  • Kisar semua bahan bertanda * pada bahan2 B.
  • Tumis cili boh hingga garing. Masukkan bahan yg sudah dikisar, tumis hingga garing dan terbit minyak.
  • Sementara menunggu rempah yg ditumis garing... hiris daging, nipis-nipis.Simpan air rebusan daging.
  • Bila bahan ditumis sudah terbit minyak masukkan air rebusan daging, biarkan kuah mendidih. Masukkan daging.
  • Masukkan sos cili, garam, gula n perasa kalau suka... Tumis hingga kuah agak pekat n kering.......

Asparagus Goreng Belacan


Bahan bahan
300 gms asparagus - dipotong 2
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
Garam dan gula
Sedikit belacan

Cara cara

  • Bersihkan asparagus dan toskan.
  • Kisar bawang merah,putih dan cili merah.
  • Tumiskan bahan yg telah dikisar hingga naik bau, masukkan belacan.
  • Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan asparagus, gaul sebati dengan bahan tumisan tadi.
  • Biarkan seketika, jgn masak terlalu lama untuk mendapatkan asparagus yg crunchy.

Monday, August 4, 2008

Chocolate Cupcakes

Last Saturday, my husband ajak pergi pameran machine and printing kat PWTC. Masa nak masuk tu ternampak ada Book Fair pulak. Lepas sejam dua kat pameran machine & printing, ajak my husband masuk Book Fair, dia suruh saya masuk sorang jer. Sempat juga beli 3 buah buku masakan.

Bahan bahan

60 gms butter
85 gms self raising flour
15 gms serbuk koko
1 biji telur gred A
100 gms castor sugar

Cara cara
  • Pukul butter dan gula hingga kembang, kemudian masukkan pula telur. Pukul lagi.
  • Ayak tepung dan serbuk koko, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.
  • Gaul sebati, sudukan adunan ke dalam paper cup hingga habis.
  • Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit. (Bergantung pada oven masing masing)

Pulut Kuning & Serunding Daging

Mula mula ingat nak buat pulut panggang gunakan serunding daging yg beli hari tu. Tapi terlupa nak beli daun pisang la pulak. Memandangkan pulut dah rendam, buat je pulut kuning.

Masak Lemak Udang & Rebung