Monday, November 1, 2010

Macaroni & Chicken Soup


Dah beberapa hari takde entry kat blog saya ni kan. Sebenarnya tak berapa sihat, tak selesa sebab hidung asyik nak bersin je. Muka pun rasa panas, so mood nak memasak pun menurun juga. Lagipun 2.3 hari ni sibuk mengemas rumah, mengalahkan orang nak sambut Deepavali pulak. Kebetulan jiran depan rumah tu Indian family, dia sibuk mengemaskini rumah untuk sambut Deepavali, saya pun menumpang sekali, buat buat sibuk. Bukannya apa, Deepavali ni ada kawan kawan lama yang nak bertandang ke rumah, jadi kena la merajinkan diri mengemas apa yang patut.

Tengahari semalam saya tak masak sebab my husband takde kat rumah. Ingatkan nak makan yang simple je, tengok dia balik bawa nasi dan lauk sekali. Ermmm...apalagi, cuci tangan, suap masuk mulut je la. Malam pun tak masak yang berat, my husband keluar beli burger dan saya buat sup ayam dengan macaroni. cukuplah sekadar alas perut.

2 comments :

Watierman, rmanbkr said...

Salam Dik Zila sedap tu makan sup panas2 bila tak berapa sihat badan ni....Moga Adik cepat sembuh ya!!

anymz said...

salam zila,sesekali makan camni tak payah makan nasi kan?buat sebulan makan macaroni je..gerenti badan slim,pinggang pun ramping ?..hehe