Friday, November 26, 2010

Rendang Ayam & Nasi Impit

 
Teringin nak makan rendang ayam dengan nasi impit pula. Masa raya haji tempohari saya sempatlah buat rendang ayam malam raya tu. Maklumlah pertama kali sambut raya kat rumah sendiri di Shah Alam ni. Kalau tidak, setiap kali raya mesti kat rumah my parents atau my MIL. Tapi memandangkan my MIL dah tak ada, so my husband decided yang kami akan bertolak balik Perlis selepas solat hari raya.
 
Kebetulan pulak hari sebelum raya tu banyak kerja, so rushing balik rumah sebab nak kena siapkan juadah untuk esok. My husband cakap tak kan lah kita nak makan roti cicah susu di pagi raya. Sadis okey.....
So mula mula kena siapkan makan malam, then baru start memasak rendang ayam dan buat kek untuk bawa balik ke kampung. Bila dah letih, terlupa nak rebus nasi impit. Jadi pagi esok tu baru teringat nasi impit belum rebus, cepat cepat rebus guna pressure cooker. Tapi bila masih panas, memang la agak lembik dan susah nak potong. So pagi tu terpaksa lah makan rendang ayam dengan nasi impit lembik.

Selepas siap nak balik ke Perlis, my husband suruh saya masukkan rendang dan nasi impit yg belum di potong ke dalam bekas. Katanya nak bagi pada GUARD kat kawasan perumahan kitaorang ni. Rezeki dioranglah nampaknya. Tak taulah macam mana diorang potong nasi impit tu....
 
Kali ni buat rendang ikut resepi kak Jun@myresepi.
  • 1 ekor ayam-dipotong ikut suka
  • Bahan2 digiling:-
  • @ 10 ulas bawang merah
  • @ 4 ulas bawang putih
  • @ 15 biji cili api
  • @ 15 tangkai cili kering
  • @ 1 inci halia
  • @ 1 inci lengkuas
  • @ 1/2 inci kunyit hidup
  • @  2 batang serai 
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut dihiris kasar
  • 4 cawan santan pekat
  • 4 sudu besar kerisik
  • Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)

Cara-cara

  1. Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam.
  2. Masukkan ayam ke dalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. masukkan juga perasa dan gula jika suka.
  3. Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan dengan pulut kuning atau nasi himpit.

1 comment :

Love2cook Malaysia said...

If I'm served nasi impit with rendang ayam or kuah kacang, mesti laju je makan. Lupa dunia! hehehe ;)